CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9350|Reply: 0

[Sabah] 30 perigi di Pulau Sebatik bakal dinaik taraf

[Copy link]
Post time 5-4-2024 05:50 AM | Show all posts |Read mode


TINJAU: Suryady (empat kanan) ketika membuat tinjauan ke atas perigi-perigi di sekitar Pulau Sebatik.

TAWAU: Kerajaan akan menaiktaraf sebanyak 30 buah perigi di kawasan Pulau Sebatik sebagai usaha jangka pendek mengatasi krisis bekalan air yang dihadapi lebih enam bulan penduduk di pulau berkenaan.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, naiktaraf itu membabitkan pemberian tangki dan pam bagi memudahkan penduduk mengambil air dengan lebih mudah dan selesa.

Katanya, semua perigi sedia ada di beberapa lokasi pulau berkenaan telah digunakan penduduk sebagai sumber alternatif mendapatkan sumber bekalan air ketika musim kemarau dan fenomena El-Nino.

“Menjadi hasrat kita bersama-sama dengan kerajaan negeri untuk memperbaiki perigi-perigi ini kerana sebelum ini mungkin ia tidak berada dalam keadaan baik, jadi kita akan naiktaraf,” katanya.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan Sabah berkata ketika ditemui semasa melakukan lawatan bagi menilai perkembangan krisis air di Pulau Sebatik, di sini hari ini.

Menurutnya, beberapa penyelesaian jangka pendek telah dirangka bagi mengatasi krisis air di pulau berkenaan.

“Ia termasuk membina empat telaga tiub, membekal air oleh Jabatan Air Negeri Sabah dan menghantar 7,700 karton air dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO).

“Setakat ini di loji takungan air Wallace Bay masih belum beroperasi sepenuhnya dengan tahap air berada pada 0.23 meter dan jumlah air yang diproses adalah 0.3 MLD belum cukup untuk kegunaan penduduk,” katanya.


LAWAT: Suryady (tengah) turut melihat telaga tiub yang berjaya dilakukan oleh penduduk dengan kerjasama Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan.

Suryady berkata, kaedah pembenihan awan yang dilaksana pada 28 hingga 30 Mac lalu di Pulau Sebatik dilihat kurang berkesan membantu meningkatkan air takungan kerana mungkin dipengaruhi beberapa faktor.

Katanya, sebanyak dua unit ‘potable water package plan (PWPP)’ akan diterima pulau berkenaan selewatnya pada Ahad ini untuk kegunaan penduduk mendapatkan air dengan lebih mudah.

Mengulas lanjut Suryady berkata, bagi penyelesaian jangka panjang pula beberapa cadangan juga dalam pertimbangan untuk dilaksana antaranya mendalamkan loji takungan air Wallace Bay selain penyambungan air dari Empangan Cinta Mata, Tawau.

“Namun, ada dua isu sekarang ini iaitu Empangan Cinta Mata belum siap dan air di tanah besar Tawau juga dilihat belum mencukupi.

“Justeru, kerajaan negeri dalam pertimbangan membina loji memproses air laut menjadi air bersih tetapi ia juga memerlukan kos dan masa yang panjang,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.111223 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list