CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9454|Reply: 0

[Sarawak] Daerah Kapit catat sembilan kes jenayah harta benda, pecah rumah setakat Mac

[Copy link]
Post time 5-4-2024 05:51 AM | Show all posts |Read mode


Sebuah kenderaan yang dirampas dijadikan sebagai barang kes dalam satu kes jenayah harta benda di Kapit, baru-baru ini.

KAPIT: Jenayah harta benda termasuk kes pecah rumah menyaksikan sembilan kes dicatatkan di Daerah Kapit sepanjang Januari hingga Mac tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kapit DSP Rohana Nanu berkata, jenayah harta benda menunjukkan peningkatan sebanyak tujuh kes dalam tempoh tiga bulan pertama 2024.

Katanya, rekod tiga bulan pertama dari Jan hingga Mac tahun ini, jenayah harta benda mencatatkan sembilan kes berbanding hanya dua kes yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

"Jenayah harta benda seperti pecah rumah, curi kenderaan dan lain kecurian dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini telah melibatkan anggaran kerugian sebanyak RM29,600 dan sebanyak lima orang telah ditangkap.

"Statistik Indeks Jenayah di Kapit hanya mencatatkan dua kes dan satu tangkapan dalam tempoh Januari hingga Mac pada tahun lalu berbanding tempoh yang sama tahun ini, terdapat sembilan kes dengan tangkapan seramai lima orang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, pihaknya memandang serius isu keselamatan di kawasan perumahan yang ditinggalkan oleh penghuni yang berniat untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman.

Justeru katanya, bagi membendung jenayah semasa musim perayaan yang menjelang tiba, pihaknya memerlukan penglibatan bersepadu kerana penglibatan anggota polis sahaja tidak cukup.

Untuk itu katanya, dua pegawai dan 13 anggota akan bertugas bagi memastikan kelancaran sambutan musim perayaan ini di daerah Kapit.

Katanya lagi, orang awam khasnya warga Kapit diingatkan agar sentiasa berwaspada terhadap keselamatan rumah dan harta benda masing-masing yang ditinggalkan semasa balik ke kampung halaman pada musim perayaan yang menjelang tiba.

"Oleh yang demikian, orang awam khasnya warga Kapit diingatkan agar sentiasa berwaspada terhadap keselamatan rumah dan harta benda masing-masing yang ditinggalkan semasa balik ke kampung halaman pada musim perayaan yang akan datang," tegasnya.

Sehubungan itu, Rohana menyarankan agar penghuni menghantar maklumat balik kampung kepada pihak polis melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang boleh dimuat turun melalui aplikasi GooglePlay atau AppStore bagi memudahkan pihak polis membuat rondaan dan pemantauan dari masa ke masa.

"Jika boleh, minta bantuan jiran sebelah menyebelah atau pihak Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) di dalam kawasan perumahan untuk memantau keadaan rumah sepanjang tempoh rumah ditinggalkan.

"Penghuni rumah juga diminta memberikan nombor telefon kepada jiran-jiran supaya mudah dihubungi sekiranya terjadi sesuatu yang mencurigakan di kawasan rumah yang ditinggalkan dan terus menghubungi pihak polis," ujarnya.

Di samping itu katanya, pemilik rumah diminta untuk menyimpan barang-barang yang berharga di tempat yang selamat dan berkunci contohnya tong gas, motosikal dan kereta yang ditinggalkan semasa bercuti.

Rohana menambah, pemilik rumah juga diingatkan agar tidak meninggalkan barang kemas dan wang tunai di rumah yang sering menjadi sasaran penjenayah.

Pada kesempatan ini, beliau bagi pihak Polis IPD Kapit ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.057828 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list