CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10555|Reply: 0

[Sarawak] JBPM Sarawak pantau lokasi titik panas kebakaran daripada diceroboh

[Copy link]
Post time 5-4-2024 05:56 AM | Show all posts |Read mode


Khirudin (kanan) menerangkan mengenai cara pencegahan kebakaran yang berlaku di rumah kepada Dr Sim pada majlis tersebut. - Gambar Kong Jun Liung

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak terus mengawal selia dan melakukan rondaan setiap malam bagi mengelak pencerobohan di lokasi titik panas kebakaran, termasuk kebakaran hutan dan belukar.

Pengarahnya Datu Khirudin Drahman berkata, pihaknya turut menggunakan peralatan daripada Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) semasa menjalankan pemantauan di lokasi titik panas kebakaran.

“Lokasi titik panas yang luas telah dikawal selia dan rondaan akan dilakukan pada malam bagi memastikan tiada pencerobohan berlaku.

“Pada malam, kami menjalankan rondaan menggunakan ‘thermal drone’ NREB dan JAS, ini bagi memastikan sekiranya berlaku kebakaran kami dapat terus mengambil tindakan segera,” katanya sambil memberitahu kes kebakaran hutan menunjukkan peningkatan mendadak dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, khasnya dari Februari hingga pertengahan Mac.

Beliau berkata demkian ketika ditemui pemberita selepas Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri yang disempurnakan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian di Ibu Pejabat JPBM Sarawak di sini, hari ini.

Berhubung kempen yang diadakan, Khirudin berkata, sama seperti sebelum ini, jabatan akan terus menekankan serta memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat berkaitan dengan sindrom 3L (Lupa, Lalai, Leka) yang merupakan penyebab kebakaran berlaku khasnya di rumah.

Beliau berkata, pada musim perayaan seperti Aidilfitri kes kebakaran jarang berlaku pada hari pertama dan kedua, sebaliknya berlaku pada hari ketiga atau keempat di mana orang mula leka.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.066753 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list