CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11279|Reply: 0

[Sarawak] Pencemaran Sungai Tuang di Samarahan bukan berpunca daripada kilang sawit

[Copy link]
Post time 5-4-2024 06:03 AM | Show all posts |Read mode


Rubiah bercakap dengan pemberita semasa sidang media selesai berucap merasmikan Majlis Sungkei bersama Agensi-Agensi KKDW Sarawak di sebuah hotel di sini pada Rabu. – Gambar Chimon Upon

KUCHING: Pencemaran Sungai Tuang, Samarahan bukan akibat pembuangan sisa daripada kilang kelapa sawit berhampiran Kampung Endap, menurut Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang.

Beliau berkata, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak (JAS Sarawak) yang telah melakukan pemantauan seminggu lebih di sekitar kawasan itu mendapati kemungkinan besar pencemaran itu bukan berpunca daripada kilang berkenaan.

“Buat masa ini, JAS Sarawak masih belum dapat membuat kesimpulan tepat mengenai pencemaran Sungai Tuang dan ia masih dalam siasatan.

”Namun perkara yang dapat kita pastikan adalah pencemaran tersebut tidak melibatkan bahan buangan dari kilang kelapa sawit berhampiran sebab sebelum ini, memang kilang itu jadi sasaran,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di majlis berbuka puasa pada Rabu, bagi menjawab pertanyaan pemberita mengenai pencemaran sungai tersebut yang dilaporkan berlaku baru-baru ini.

Difahamkan, JAS Sarawak menerusi nota makluman menyatakan pihaknya menerima aduan daripada penduduk Kampung Pinang, Samarahan pada 25 Mac 2024 berkenaan Sungai Tuang yang berbau dan kotor, dengan ikan serta udang ditemui mati.

Pemeriksaan awal JAS Sarawak berdekatan kilang kelapa sawit berkenaan bagaimanapun mendapati tiada pelepasan air berwarna hitam memasuki aliran Sungai Tuang.

Malah, rekod pelepasan kualiti efluen terolah dari kilang kelapa sawit berkenaan adalah mematuhi syarat lesen yang ditetapkan di bawah Seksyen 16, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Rubiah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan menjelaskan, kilang kelapa sawit tersebut sudah mengambil tindakan awal untuk mencegah daripada berlakunya sebarang pencemaran dengan menubuhkan tiga kolam utama bagi pembuangan sisa.

”Kilang berkenaan bahkan mempunyai tiga cara penapisan air sehingga ia boleh menjadi air bersih dan tidak dilepaskan ke sungai,” katanya.

Ketika ditanya mengenai sekiranya terdapat kemungkinan pencemaran itu berpunca daripada ladang ternakan ayam dan khinzir berhampiran, Rubiah berkata JAS Sarawak belum dapat memastikan perkara itu buat masa ini dan tiada bukti konkrit dapat mengaitkan insiden berkenaan dengan ladang tersebut.

Terdahulu pada 18 Mac dan 21 Mac 2024, penduduk kampung juga dikatakan menemui sisa ayam yang berulat dan berbau busuk di air Sungai Tuang.

Rubiah dalam pada itu menasihatkan orang kampung menghubungi pasukan JAS Sarawak dan membuat aduan secepat mungkin sekiranya terdapat pencemaran sungai supaya sampel air dapat diambil segera bagi memastikan punca sebenar kejadian.

”Semasa pihak JAS Sarawak mengambil sampel air sungai, air dilihat berada dalam keadaan baik dan alirannya sudah berjalan, jadi sisa-sisa itu mungkin sudah hilang.

”Justeru kita memohon kerjasama penduduk-penduduk kampung untuk memastikan sekiranya kejadian sebegini berlaku, hubungi pihak JAS Sarawak serta merta agar bukti yang lebih konkrit dapat diperoleh dan seterusnya tindakan dapat diambil terhadap pihak-pihak terlibat,” katanya.

Beliau juga berkata JAS Sarawak masih meneruskan siasatan selain akan melaksanakan pemantauan pengawasan kualiti air Sungai Tuang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.582876 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list