CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11750|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bas ekspres wajib ada pemandu kedua bagi perjalanan lebih 300km - JPJ

[Copy link]
Post time 5-4-2024 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Bas ekspres wajib ada pemandu kedua bagi perjalanan lebih 300km - JPJ


BERNAMA - April 5, 2024 @ 10:28am



Pegawai JPJ Pulau Pinang memeriksa bas ekspres di terminal pada Op Khas Perayaan Hari Raya Aidilfitri. - FB JPJ NEGERI PULAU PINANG



BUTTERWORTH: Syarikat bas ekspres wajib menyediakan pemandu kedua untuk perjalanan melebihi 300 kilometer (km) bagi menjamin keselamatan penumpang.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Zulkifly Ismail, berkata peraturan itu turut diwajibkan bagi tempoh perjalanan melebihi empat jam dalam memastikan pemandu mendapat rehat secukupnya, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan, terutama kemalangan maut.

"Perjalanan jauh melebihi 300km memerlukan pemandu kedua, tak boleh seorang (pemandu), tetapi banyak pengusaha syarikat bas yang gagal untuk menyediakannya.

"Alasan yang sering diberikan, pemandu kedua akan naik di terminal yang seterusnya untuk menggantikan pemandu pertama, bagaimanapun peraturan menetapkan bahawa dua pemandu diperlukan semasa memulakan perjalanan," katanya.

Beliau menjelaskan demikian kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan bas ekspres pada Op Khas Perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 di Terminal Bas Penang Sentral, di sini malam tadi.

Zulkifly berkata, kegagalan menyediakan pemandu kedua adalah satu kesalahan dan mana-mana syarikat yang didapati ingkar, tindakan akan diambil dengan melarang mereka daripada memulakan perjalanan sehingga peraturan itu dipatuhi.

Sementara itu, beliau berkata, sepanjang tempoh operasi bermula 1 April hingga semalam, sebanyak 121 bas telah diperiksa dengan lima diambil tindakan kerana gagal menyediakan pemandu kedua.

Katanya, selain bas ekspres, operasi khas HRA turut menumpukan sembilan kesalahan utama yang sering dilakukan pengguna jalan raya, iaitu tidak mematuhi had laju dan isyarat lampu merah, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan dan memotong barisan.

Kesalahan lain ialah menggunakan telefon bimbit, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar, memandu kenderaan berat di lorong laju dan lebih muatan.

"Secara keseluruhan dalam tempoh empat hari penguatkuasaan, sebanyak 4,553 kenderaan telah diperiksa membabitkan 1,377 jumlah saman atas pelbagai kesalahan. Tindakan diambil terhadap 790 kenderaan, manakala 37 kenderaan turut disita," katanya yang memaklumkan operasi itu akan berterusan hingga 20 April ini.

Zulkifly berkata sebanyak 98 anggota JPJ ditugaskan sepanjang tempoh musim perayaan ini untuk melaksanakan penguatkuasaan sambil turut dibantu agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.052181 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list