CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10412|Reply: 0

[Kelantan] Cuaca panas jejas pengeluaran padi di Kelantan

[Copy link]
Post time 5-4-2024 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Cuaca panas jejas pengeluaran padi di Kelantan

OlehADILA SHARINNI WAHID

05 April 2024 11:00am








Keadaan tali air sawah padi sekitar Ketereh. Foto Bernama




KOTA BHARU - Cuaca panas dan kering yang melanda Kelantan dijangka akan menjejaskan 30 peratus pengeluaran padi di bawah kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) pada tahun ini.

Pengerusi KADA, Muhammad Husain berkata, bekalan padi terjejas itu bagaimanapun tidak melibatkan musim perayaan Aidilfitri minggu depan.



“Pengeluaran padi terjejas ini pada hari raya tidak terlibat sebaliknya pengeluaran untuk tanaman musim kedua yang sepatutnya bermula pada Jun nanti.

“Biasanya semusim pengeluaran padi sekitar 110,000 metrik tan tetapi kali ini mungkin dalam 40,000 metrik tan atau 30 peratus pengeluaran akan terjejas,” kata beliau kepada pemberita selepas Program Makan Colek Pengerusi KADA bersama Media di Baan Suwarin, di sini, pada Khamis.



Menurut beliau, bagi keseluruhan tahun 2024, sasaran hasil purata pengeluaran padi musim utama dan luar musim dalam keadaan normal di 26,300 hektar sawah padi ialah antara 4.2 hingga 4.3 tan.


Keadaan tanah kering di Stesen Rumah Pam Kemubu. Foto KADA




“Dalam keadaan cuaca panas dan kering ini, kami jangka sebanyak 3.8 tan hasil purata padi akan berkurangan.

“Mengikut jadual sepatutnya tanam semula musim kedua akan bermula pada Jun ini tetapi sudah pasti kerja-kerja penanaman tergendala kerana tidak ada air,” katanya.




Muhammad juga memberitahu Stesen Rumah Pam Kemubu yang sepatutnya membekalkan pengairan kepada sawah di kawasan Kota Bharu Utara dan Selatan ketika ini gagal berfingsi akibat paras air sungai yang menyusut.

Dalam pada itu, beliau menambah berikutan cuaca panas dan kering itu juga, pihaknya menubuhkan Task Force Kemarau KADA bagi melakukan penelitian berkait sebarang masalah pengairan yang dihadapi pesawah dan cadangan penyelesaian.

“Kini, KADA mempunyai pasukan petugas khas bagi kedua-dua musim termasuk Task Force Banjir KADA.

“Task Force Kemarau KADA akan menyelidik keadaan semasa musim kemarau dan mencadangkan langkah-langkah sepatutnya diambil oleh KADA, contohnya berapa telaga perlu disiapkan, berapa banyak pam diperlukan dan di kawasan mana sepatutnya disediakan kemudahan-kemudahan tersebut,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.389721 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list