CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2924|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pilu tatap wajah anak

[Copy link]
Post time 6-4-2024 10:47 AM | Show all posts |Read mode

DUA anak banduan Karim (nama samaran), 45, memberi ciuman kasih sayang kepada bapa mereka. Seramai 45 banduan dari Penjara Reman Pulau Pinang terpilih sebagai Orang Bebas Berlesen (OBB).

Kuala Lumpur: "Ini kesalahan pertama saya terjebak dadah. Tadi tengok wajah emak bergenang air mata dan menatap wajah anak sulung saya. Ia buat saya benar-benar insaf," kata banduan, Amir, 30, berasal dari Batu Pahat, Johor.

Dia bagaimanapun dibebaskan melalui Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti) Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024.

Pembebasan itu membawa makna besar kepadanya dan banduan terpilih selain mencipta peluang kedua kepada mereka untuk berubah.

Amir yang dipenjarakan di Penjara Kluang, Johor, berkata, dia bersyukur kerana dapat menatap wajah anak lelakinya yang baru berusia dua bulan lebih awal daripada dijangkakan.



Dia yang dihukum penjara 25 bulan dan tiga sebatan atas kesalahan berkaitan dadah turut melahirkan rasa gembira kerana dapat kembali beraya bersama keluarga.

Di Perak, banduan yang mahu dikenali sebagai Long, 27, bersyukur kerana sempat menjalani ibadah puasa bersama keluarga selepas dibebaskan dari Pusat Koreksional Kamunting, di bawah program PBSL semalam, lebih awal daripada tarikh sepatutnya dibebaskan 13 Julai ini.

Anak sulung daripada dua beradik yang menjalani hukuman atas kesalahan berkaitan dadah itu, berkata, dia ingin meminta ampun daripada ahli keluarga yang semestinya sedih dengan kesalahan dilakukan dan berikrar tidak mengulangi kesilapan.

Dalam pada itu, Karim, 45, yang juga banduan dari Penjara Reman Pulau Pinang berkata, dia menunggu peluang keemasan menyambut Syawal bersama keluarga tersayang selepas mahkamah menjatuhkan hukuman dua tahun penjara ke atasnya kerana kesalahan dadah.

Bekas pemandu kereta yang juga bapa enam anak berusia tujuh hingga 18 tahun itu berjanji hukuman kali pertama itu juga menjadi yang terakhir kerana berada di sebalik tirai besi mengajarnya erti keinsafan.

Di Kedah, banduan wanita di Penjara Pokok Sena yang mahu dikenali sebagai Anis, 26, berkata, sambutan Aidilfitri kali ini tidak sama seperti sebelum ini selepas ayahnya pergi menghadap Ilahi akibat serangan strok ketika dia menjalani hukuman.

Bagaimanapun, anak bongsu daripada sembilan beradik itu yang terjebak dengan heroin seawal usia 13 tahun bersyukur kerana terpilih dalam program itu sekali gus membolehkan dia menyambut Aidilfitri bersama ibu yang berusia 62 tahun.

"Kali ini saya nekad berubah, mungkin selepas ini saya tolong ahli keluarga dan guna peluang kedua yang diberikan pihak penjara ini untuk menjaga ibu yang kurang sihat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lu-tatap-wajah-anak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.069091 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list