CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2454|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Aliran trafik mula perlahan di beberapa lebuh raya utama

[Copy link]
Post time 6-4-2024 11:10 AM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Kuala Lumpur: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala ke arah Pantai Timur dan utara, dilaporkan mula perlahan setakat 9 pagi ini, susulan ramai mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dari Gombak menghala ke Genting Sempah, mula sesak dari Gombak ke Genting Sempah melibatkan jarak sejauh 17 kilometer dari Tol Gombak.

"Aliran trafik ke arah Utara dari Slim River ke Sungkai dan dari Terowong Menora ke RnR Sungai Perak, juga dilihat mula perlahan," katanya ketika dihubungi Bernama pagi ini.

Aliran trafik turut dilaporkan perlahan di arah Utara dari Bidor menuju ke Tapah.


Sementara itu, kemalangan yang dilaporkan berlaku di KM314.7 arah Utara dari Tapah ke Gopeng pada 7.43 pagi, telah diselesaikan dan kenderaan mula bergerak dengan lancar.

Selain itu, beberapa laluan Smartlane juga telah diaktifkan pagi ini, antaranya di KM4.5 hingga KM1.9 arah Selatan dari Setia Tropika ke Pasir Gudang dan juga di KM27.0 hingga KM19.0 arah Selatan dari Kulai ke Senai.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1-800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pa-lebuh-raya-utama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.057445 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list