CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2395|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Muka dirobek pak belang

[Copy link]
Post time 6-4-2024 11:17 AM | Show all posts |Read mode

HANI Puchok cedera apabila mukanya dicakar kuku harimau sepanjang lebih 10 sentimeter.

Kuala Lumpur: Seorang lelaki Orang Asli yang diserang Harimau Belang di Sungai Kenarong, Taman Negeri Royal Belum, Perak, disifatkan bernasib baik apabila haiwan buas itu melarikan diri sejurus mencakar muka mangsa.

Mangsa, Hani Puchok, 52, yang menetap di Kampung Orang Asli Sungai Tiang cedera apabila mukanya dicakar kuku harimau sepanjang lebih 10 sentimeter.

Kejadian sekitar 5.30 petang turut menyebabkan mangsa cedera di beberapa anggota badan akibat cakaran binatang buas itu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata pihak Perhilitan Daerah Gerik menerima aduan berkaitan serangan pak belang itu jam 9.30 malam kelmarin ketika mangsa sudah berada di Hospital Gerik untuk mendapatkan rawatan.


Menurutnya, sewaktu kejadian mangsa bersama tiga rakannya menaiki bot dari Kampung Orang Asli itu ke kawasan hutan Sungai Kenarong untuk mencari hasil hutan.

"Kawasan itu tiada penempatan Orang Asli dan menjadi habitat utama spesies harimau belang.

"Mangsa berjalan kaki memasuki hutan untuk menyumpit tupai, manakala tiga rakannya berada di bot. Tiba-tiba seekor harimau belang datang menyerang mangsa.

"Bagaimanapun harimau itu kemudiannya lari serta merta. Mangsa kemudiannya terus bergerak ke tasik dan menaiki bot untuk pulang ke Kampungnya iaitu Kampung Sg. Tiang, dengan cuaca pada ketika itu hujan renyai," katanya.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Gerik oleh Tok Batin jam 8.30 malam kelmarin untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh jam 11 malam untuk rawatan susulan.

"Pihak Perhilitan Daerah Gerik akan membantu mangsa membuat permohonan Tabung Mangsa Serangan Binatang Buas. Waris mangsa juga diminta untuk membuat laporan polis berkaitan serangan itu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -dirobek-pak-belang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.069149 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list