CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2539|Reply: 0

[Kelantan] Polis Gua Musang bina tandas baharu untuk pesakit angin ahmar

[Copy link]
Post time 6-4-2024 11:18 AM | Show all posts |Read mode

Sik Choon Foo bersama isteri menyantuni keluarga asnaf dan turut menyampaikan bantuan bakul makanan di Bertam Baru, Gua Musang. - Foto NSTP/Paya Linda Yahya

GUA MUSANG: Aidilfitri yang bakal tiba memberi kegembiraan buat pesakit angin ahmar di Kampung Bertam Baru apabila menerima sumbangan pembinaan tandas baharu daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang sempena sambutan Hari Polis Ke 217.

Warga emas, Halijah Isa, 60, yang diserang angin ahmar sejak enam bulan lalu terpaksa bergantung kepada ihsan suami, Nik Bab Nik Mud, 67, untuk menguruskannya setiap hari.

"Alhamdulillah, sumbangan ini sangat bermakna buat saya apabila tandas yang dibina dalam rumah, dekat dengan tempat saya berada.

"Jika sebelum ini suami terpaksa menggunakan kerusi roda untuk membantu saya ke tandas, untuk mandi atau menukar lampin, yang terletak agak jauh," katanya terharu.


Beliau ditemui selepas menerima kunjungan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo sempena Program Jiwa Murni.

Turut hadir wakil daripada Bank Rakyat Cawangan Gua Musang yang turut menyampaikan sumbangan bakul makanan dan wang tunai.

https://www.bharian.com.my/berit ... pesakit-angin-ahmar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.142129 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list