CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2485|Reply: 0

[Terengganu] 'Mujur sawah kami dapat bekalan air dipam terus dari Sungai Telemong'

[Copy link]
Post time 6-4-2024 11:23 AM | Show all posts |Read mode

Mohd Khairie dan Siti Habsah berharap bekalan air sungai yang dialirkan ke sawah mereka akan berterusan pada musim kemarau ini. NSTP/NAZDY HARUN

KUALA BERANG: Walaupun berdepan fenomena cuaca panas melampau, pesawah di bawah Projek Berkelompok Tanaman Padi Paya Rapat (PBTPPR) lega apabila sawah mereka masih mampu menerima bekalan air untuk musim tanaman kali ini yang dipam dari Sungai Telemong, terus ke sawah mereka.

Ahli Jawatankuasa Unit Pertanian Paya Rapat, Samsudin Mat Zain, 56, berkata projek berkelompok seluas 48 hektar yang dijayakan 25 peserta itu membabitkan tiga kampung iaitu Kampung Kuala Ping, Kampung Tok Lawit dan Paya Rapat dengan tanaman dua kali setahun.

"Tahun ini pesawah mula menanam padi selepas banjir besar pada 2022 yang mengakibatkan sawah rosak sehingga memaksa kami bercuti setahun daripada melakukan kerja di bendang.

"Namun, kini berlaku pula fenomena cuaca panas membahang tetapi kami bersyukur kerana sawah mendapat bekalan air yang dipam dan mencukupi untuk tanaman padi ini," katanya.


Samsudin berkata, dia berharap bekalan air tidak tergendala namun sistem saliran harus dipertingkatkan bagi mengelak kebocoran yang akhirnya mengakibatkan berlaku pembaziran air.

Selain itu, katanya, kawasan di pintu pam juga dilihat cetek dan berpasir yang mungkin boleh menyebabkan air tidak boleh dipam ke kawasan sawah.

Sementara itu, pesawah, Mohd Khairie Ikhwan Aswad, 21, dari Kampung Tok Lawit berkata, dia mengusahakan sawah milik peserta seluas 1.1 hektar dan berharap bekalan air sungai yang dipam mencukupi ketika cuaca panas sekarang.

"Sudah lebih sebulan saya melakukan kerja sawah dan kini bekalan air masih ada untuk memenuhi kawasan sawah.

"Saya berharap keadaan ini berterusan dan cuaca panas sekarang tidak mengakibatkan bekalan air berkurangan hingga tidak dapat disalurkan ke petak sawah, yang akhirnya akan menjejaskan hasil padi," katanya.

Siti Habsah Mamat, 65, pula berkata dia mengusahakan sawah seluas dua hektar dan berharap bekalan air dapat diperoleh secara berterusan walaupun pada musim kemarau seperti sekarang.

"Sebelum ini kami berdepan masalah banjir, kini kebimbangan pula dengan musim kemarau, namun kerja di sawah tetap dilakukan kerana ini sumber pendapatan kami.

"Tahun lalu sepanjang tahun kami tidak dapat ke sawah kerana bendang rosak akibat banjir dan berharap kemarau kali ini tidak menjejaskan sawah yang baru kami usahakan pada tahun ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ari-sungai-telemong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.090131 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list