CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5372|Reply: 0

[Kelantan] Cuaca Panas: Orang ramai dinasihat elak pakaian tebal, ketat ketika aktiviti luar

[Copy link]
Post time 6-4-2024 11:43 AM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Kota Bharu: Orang ramai dinasihatkan untuk tidak memakai pakaian tebal dan ketat ketika melakukan aktiviti luar kerana ia menghalang habar keluar daripada penyejatan peluh berikutan cuaca panas ketika ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata, situasi lebih teruk boleh berlaku sehingga menyebabkan dehidrasi, kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma) dengan beberapa gejala seperti sakit kepala, pening, lemah otot atau kekejangan selain mengalami mual dan muntah.

"Jika mempunyai gejala berkaitan suhu panas, individu terbabit perlu segera keluar daripada kawasan panas, tanggalkan pakaian yang ketat, letakkan kain basah dan sejuk pada badan.

"Gunakan kipas untuk sejukkan badan, minum air setiap 15 minit dan dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Dr Zaini berkata, antara golongan berisiko menjadi mangsa cuaca panas adalah individu yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera dan polis.

"Selain itu, orang dewasa (berusia 40 tahun ke atas) mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda, serta penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

"Oleh itu, cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau adalah perlu minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal dilakukan, hadkan aktiviti luar, kerap berehat, mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan," katanya.

Semalam, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan satu kes kematian baharu akibat strok haba dilaporkan berlaku minggu ini menjadikan kes kematian berkaitan cuaca panas kepada dua orang.

Kematian pertama membabitkan individu berusia 22 tahun di Pahang pada 2 Februari lalu, manakala mangsa kedua membabitkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di Kelantan yang meninggal dunia pada Isnin lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tat-ketika-aktiviti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.054082 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list