CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4870|Reply: 0

[Kelantan] Bekalan minyak masak di Kelantan kurang menjelang Aidilfitri

[Copy link]
Post time 6-4-2024 03:36 PM | Show all posts |Read mode
Bekalan minyak masak di Kelantan kurang menjelang Aidilfitri

OlehASWANY OMAR

06 April 2024 01:45pm








Azman (kanan) melihat minyak masak di sebuah pasar raya Program Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2024 di sini.




KOTA BHARU - Bekalan minyak masak di negeri ini menunjukkan trend semakin berkurang kerana keperluan yang banyak sempena Hari Raya Aidilfitri.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, pembelian secara banyak menyebabkan bekalan di pasar raya menurun.



Bagaimanapun, beliau memberitahu, pihaknya akan berusaha menambah kuantiti bahan mentah itu bagi memastikan bekalan mencukupi sebelum dan selepas perayaan.

"Kita tidak dapat memastikan tambahan jumlah minyak masak tetapi ada 18 pihak pembungkusan semula yang akan membekalkan kepada peniaga," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2024, di sini pada Sabtu.

Azman memberitahu, pihaknya akan memastikan bekalan minyak masak mencukupi sepanjang musim perayaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, KPDN mewartakan harga maksimum bagi 22 barangan keperluan terpilih di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 berkuat kuasa selama 15 hari dari 5 April lepas.

Jelasnya, antara barangan berkenaan ialah bawang kuning besar, bawang merah (Import), cili kering (kerinting), cili merah, dan ikan kembung.




Beliau turut memaklumkan sepanjang Ramadan KPDN Kelantan melaksanakan Ops Pantau bermula 12 Mac depan membabitkan pemeriksaan ke atas 2,787 premis.

"Sebanyak sepuluh kes dikesan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-pencatutan 2011 dan Akta Timbang Sukat 1972," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.059572 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list