CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5351|Reply: 0

[Selangor] Bagasi RM500,000: Tiga rakan pengarah syarikat akan dipanggil

[Copy link]
Post time 6-4-2024 04:03 PM | Show all posts |Read mode

BAGASI mengandungi wang lebih RM500,000 yang dijumpai di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah pada 19 Mac lalu. FOTO arkib NSTP

Petaling Jaya: Polis akan memanggil tiga lagi saksi bagi membantu siasatan pemilik syarikat yang mendakwa bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara di Petaling Jaya, miliknya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ada beberapa perkara yang masih dalam siasatan polis termasuk memanggil tiga lagi saksi untuk tampil memberi keterangan.

"Tiga saksi yang akan dipanggil itu adalah rakan kepada pengarah syarikat terbabit. Mereka akan dipanggil selepas sambutan Aidilfitri ini," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan individu yang mendakwa pemilik bagasi mengandungi wang RM500,000 yang ditemui di pusat beli-belah di Damansara pada 19 Mac lalu sudah tampil memberi keterangan.


Individu yang juga pengarah syarikat kayu balak itu mendakwa tidak menyedari bagasi yang mengandungi wang diambil dari rumah rakannya terletak di atas pusat beli-belah berkenaan tidak dimasukkan ke dalam kenderaannya.

Pada 19 Mac lalu, pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah menemui bagasi berisi wang tunai berjumlah RM500,000 yang ditinggalkan di parkir.

Pengawal keselamatan berkenaan kemudian membuat laporan polis berkaitan penemuan bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana kira-kira jam 8 pagi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ikat-akan-dipanggil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.050911 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list