CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7707|Reply: 1

[Kedah] Kena tindakan terus jika buat siaran langsung TikTok ketika memandu - JPJ

[Copy link]
Post time 7-4-2024 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Kena tindakan terus jika buat siaran langsung TikTok ketika memandu - JPJ


Oleh Zuliaty Zulkiffli - April 7, 2024 @ 9:18am bhnews@bh.com.my






ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan serta-merta terhadap pemandu bas ekspres yang dikesan membuat rakaman langsung melalui aplikasi TikTok ketika memandu, pada Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) ini.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan, berkata pihaknya akan menempatkan pegawai penyamaran di dalam setiap bas ekspres bagi memastikan tiada pemandu yang melakukan kesalahan itu.

Selain itu, beliau berkata, kerjasama orang awam merakam video atau gambar jika ada pemandu yang bertindak sedemikian juga sangat dialu-alukan.

"Mereka boleh menghantarkannya kepada kami berserta tarikh dan lokasi perjalanan bagi memudahkan pihak kami mengambil tindakan.

"Sebelum ini, memang ada kes seperti ini (pemandu menggunakan telefon bimbit dan membuat siaran langsung melalui TikTok) tetapi untuk Ops HRA kali ini, belum ada aduan diterima setakat ini.

"Namun jika dikesan melakukan kesalahan itu, mereka boleh diambil tindakan terus. Bagaimanapun, perjalanan tetap boleh diteruskan," katanya kepada pemberita ketika menyertai Ops HRA 2024 di Terminal Bas Shahab Perdana, di sini, malam tadi.

Pada operasi itu, beliau turut melakukan pemeriksaan pada bas ekspres menggunakan peralatan khusus bagi memastikan ketebalan tayar supaya tidak botak, selain lampu isyarat berada dalam keadaan baik.

Dalam pada itu, Lokman memaklumkan sepanjang Ops HRA 2024 hingga kini, lima pemandu bas ekspres didapati positif dadah jenis methamphetamine membabitkan dua di Sarawak; Kota Bahru, Kelantan (satu); dan Alor Setar (dua).

Beliau berkata, dua pemandu berusia 31 dan 67 tahun di Alor Setar terbabit dikesan mengambil bahan terlarang itu, ketika menjalani ujian saringan air kencing secara rawak di Terminal Bas Shahab Perdana, malam tadi.



Foto hiasan. - AFP








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2024 11:02 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.076875 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list