CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4156|Reply: 0

[Terengganu] Rumah pengusaha nasi dagang terkenal musnah terbakar

[Copy link]
Post time 7-4-2024 02:20 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan rumah Zainab yang musnah dalam kebakaran di Kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Rumah pengusaha nasi dagang terkenal Terengganu musnah dalam kebakaran di Kampung Bukit Besar di sini semalam.

Kebakaran pada pukul 5.25 petang itu menyebabkan Zainab Abdullah, 72, dan dua anak lelakinya tinggal sehelai sepinggang.

Salah seorang anak perempuan Zainab, Sakinah Yusof, 34, berkata, sewaktu kejadian dia sedang sibuk berniaga nasi dagang di kedai milik keluarga yang terletak tidak jauh dari rumah ibunya.

“Saya bergegas pulang selepas salah seorang pelanggan memberitahu rumah keluarga saya sedang marak terbakar.

“Sebaik tiba, saya lihat ibu (Zainab) terduduk di pekarangan rumah dalam keadaan terkejut manakala abang-abang pula sedang berusaha memadamkan kebakaran dengan menggunakan pemadam api,” katanya ketika ditemui di Kampung Bukit Besar di sini hari ini.

Sakinah berkata, usaha abang-abangnya tidak berhasil memadamkan kebakaran kepada api sudah terlalu marak.

Tambah dia, kebakaran tersebut bukan sahaja memusnahkan semua persiapan raya mereka malah bahan mentah untuk menyiapkan tempahan pelanggan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Rabu depan.

“Rumah yang terbakar ini bukan sahaja tempat memasak nasi dagang malah pusat berkumpulnya keluarga besar kami pada pagi raya,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... kenal-musnah-terbak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.249959 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list