CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4117|Reply: 0

[Pahang] Hindari ajaran sesat - Mufti Pahang

[Copy link]
Post time 7-4-2024 02:31 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Kuantan: Masyarakat Islam perlu berwaspada dan menolak apa sahaja ajaran yang menyeleweng atau ajaran sesat yang mampu mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku serta membawa perpecahan dalam masyarakat.

Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata, umat Islam perlu merujuk kepada ahli-ahli agama bertauliah sekiranya terdapat kekeliruan serta ajaran yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Jabatan Mufti negeri Pahang menjunjung titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah yang mengingatkan umat Islam di negeri ini agar menghindari apa juga bentuk ajaran menyeleweng atau sesat dengan berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak dan memantau sebarang bentuk ajaran atau fahaman yang mencurigakan agar dapat dibendung dan ditangani dengan sebaik-baiknya demi kesucian akidah umat Islam di negeri ini.


"Jabatan Mufti negeri Pahang menyeru masyarakat tidak membiarkan diri mereka terperangkap dalam jaringan ajaran sesat.

"Semoga kita teguh bersama-sama melindungi diri kita, keluarga dan masyarakat daripada sebarang bentuk ancaman ajaran atau fahaman yang menyeleweng atau sesat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sesat-mufti-pahang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.056098 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list