CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6172|Reply: 0

[Kelantan] Benih bawang MARDI berkualiti, setara benih import

[Copy link]
Post time 7-4-2024 02:50 PM | Show all posts |Read mode

Bawang merah yang ditanam MARDI di Bachok bermula sejak 2021 di atas tanah seluas 1.5 hektar. NSTP/ NIK ABDULLAH NIK OMAR

KOTA BHARU: Benih bawang merah yang dihasilkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sangat berkualiti dan setara dengan benih import, selain ia lebih segar kerana ditanam di dalam negara.

Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Penyelidikan Hortikultur MARDI, Wan Rozita Wan Engah, berkata benih bawang merah yang dihasilkan ini akan diagihkan kepada pengusaha yang mahu melakukan tanaman itu melalui Jabatan Pertanian (DOA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

"Benih yang ditanam di Ladang Bikam, Perak adalah daripada MARDI iaitu BAW-1 yang diserahkan kepada pihak DOA sebanyak 1.75 tan pada Januari lalu.

"Selain itu, kita juga mempunyai dua lagi pengusaha benih bawang merah di bawah bimbingan MARDI di Bachok," katanya di sini, hari ini.

Wan Rozita berkata, usahawan benih pertama di Bachok itu melaksanakan penanaman pada tahun lalu dan usahawan kedua bakal memulakan penanaman pada bulan depan.

"Pihak MARDI akan memantau dan memberi khidmat nasihat secara berkala kepada petani supaya penanaman bawang merah berjaya dicapai mengikut prosedur operasi standard (SOP) penanaman yang dibangunkan MARDI.

"Setakat ini, benih bawang merah yang MARDI hasilkan berkualiti tinggi dan setara dengan kualiti bawang merah yang diimport," katanya.

Ketika ditanya jumlah benih bawang merah yang sudah dihasilkan MARDI, Wan Rozita berkata, penuaian benih bawang merah di MARDI Bachok pada 2022 dan 2023 masih dalam peringkat kajian dan berskala kecil, manakala tahun ini akan diketahui selepas penuaian akan dilaksanakan pada bulan ini.
https://www.bharian.com.my/berit ... setara-benih-import

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.052426 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list