CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6220|Reply: 0

[Terengganu] 2 lelaki seludup karkas babi RM246,240 didenda RM8,000

[Copy link]
Post time 8-4-2024 01:39 PM | Show all posts |Read mode

Devaraju Naidu (tiga daei kanan) dan Raviendran (dua dari kanan) didenda RM8,0000 kerana menyeludup karkas babi di Mahkamah Majistret Setiu hari ini.

SETIU – Dua lelaki masing-masing didenda RM8,000 selepas mengaku bersalah menyeludup 228 keratan karkas babi seberat 9,120 kilogram (kg) bernilai RM246,240 oleh Mahkamah Majistret Setiu di sini hari ini.

Majistret Ainis Abu Hassan Shaari menjatuhkan hukuman demikian selepas dua tertuduh iaitu S. Devaraju Naidu, 38, dan P. P. Raviendran, 45, membuat pengakuan bersalah berkenaan selepas pertuduhan dibacakan.

Beliau turut memerintahkan dua tertuduh berkenaan menjalani hukuman penjara10 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Berdasarkan pertuduhan, Devaraju Naidu dan Raviendran didakwa memiliki 228 keratan karkas babi tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu.

Karkas babi yang disyaki diseludup dari Thailand terbabit dijumpai di dalam motolori kontena sejuk beku sebuah lori.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan mereka di tepi jalan Kampung Pak Kancil, Setiu, pukul 3.30 pagi, 9 November 2023. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... 240-didenda-rm8000/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.551471 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list