CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11225|Reply: 0

[Kedah] Lelaki Palestin didakwa cederakan rakan senegara

[Copy link]
Post time 8-4-2024 08:50 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki Palestin didakwa cederakan rakan senegara


Oleh Hamzah Osman - April 8, 2024 @ 8:26pm bhnews@bh.com.my




Mustafa F M Alabed Sadeya dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi hadapi tuduhan mencederakan rakan senegara hingga parah - Foto NSTP/Ihsan PDRM




LANGKAWI: Seorang lelaki warga Palestin didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan rakan senegaranya hingga parah dalam kejadian bulan lalu.

Tertuduh Mustafa F M Alabed Sadeya, 22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Natasha Rizal.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Izzeddin A Z Alqassass menggunakan pisau di Jalan Teluk Baru, Pantai Tengah, kira-kira jam 5 petang pada 29 Mac lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum empat tahun atau denda maksimum RM4,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farhan Aliff Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM4,000 terhadap tertuduh dan kes disebut semula 19 Mei depan.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.055124 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list