CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19451|Reply: 145

[Tempatan] 800,000 penjawat awam pinjam duit

  [Copy link]
Post time 8-4-2024 09:40 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (Angkasa) menguruskan hampir RM1.2 bilion sebulan atau RM14.4 bi­lion setahun bayaran balik 800,000 penjawat awam yang membuat pinjaman de­ngan pelbagai institusi kewangan dan koperasi.

Jumlah pinjaman keseluruhan berubah-ubah setiap masa kerana setiap hari ada pinjaman habis dibayar dan terdapat permohonan baharu diluluskan kepada peminjam.

Lima lagi agensi yang me­nguruskan pinjaman kakita­ngan awam ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Yayasan Ihsan Rakyat (YIR), CoShare Holdings Berhad, I.Destinasi (IDSB) dan MBSB Bank Berhad (MBSB Bank).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Angkasa, Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah berkata, kebanyakan pinjaman yang diambil penjawat awam tanpa mengira gred adalah pembiayaan peribadi.

Katanya, pinjaman baharu pen­jawat awam lazimnya me­ningkat menje­lang sesi pembukaan sekolah, kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi dan menjelang musim perayaan.

“Contoh menjelang Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, jumlah kakitangan memohon pinjaman baharu meningkat 10 peratus atau tambahan 10,000 dari 30,000 kepada 40,000 orang,” kata beliau, baru-baru ini.

Abdul Fattah berkata, faktor lain yang turut menyumbang permohonan kakitangan penjawat awam meningkat kerana masalah kos sara hidup yang meningkat.

Dalam pada itu, kata beliau, Angkasa adalah salah satu daripada enam agensi yang menguruskan potongan gaji penjawat awam.

“Ada enam agensi yang membuat potongan gaji seperti Angkasa. Jika pinjaman yang dibuat oleh industri lain kemungkinan mereka agensi yang berlainan menguruskan pinjaman tersebut.

“Pemberian kod potongan gaji hanya diberi oleh Akauntan Negara. Penjawat awam tidak semestinya perlu membuat potongan gaji dari Angkasa malah mungkin mereka membuat potongan gaji mengikut syarikat lain tetapi konsepnya sama,” kata beliau.

“Jumlah keseluruhan penjawat awam yang melakukan pemotongan gaji melalui Angkasa adalah sekitar 800,000 orang dengan jumlah bulanan sekitar RM1.2 bilion setahun kira-kira RM14.4 bilion,” katanya.

Tambahnya, Angkasa membangunkanSistem Potongan Gaji Angkasa untuk mengawal had keberhutangan isi rumah terutama dalam kalangan penjawat awam.

“Melalui sistem ini, elemen yang membabitkan jumlah potongan lama dan jumlah potongan baharu diambil kira dalam pengiraan had keberhutangan.

“Pada 2017, Angkasa sudah menghantar cadangan kepada kerajaan supaya semua agensi yang mendapat kod potongan gaji hendaklah diletakkan di bawah sistem potongan gaji Angkasa (BPA) supaya had keberhutangan isi rumah dapat dikawal secara sistematik dan berpusat,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, setiap penjawat awam tidak boleh membuat pinjaman melebihi 60 peratus daripada gajinya.

“Kebanyakan yang membuat pinjaman adalah untuk persiapan perkahwinan, urusan pendidikan anak-anak dan penambahbaikan rumah.

“Pihak bertanggungjawab akan menyiasat dan mengambil tindakan sekiranya penjawat awam tersebut membuat pinjaman melebihi 60 peratus dari gajinya,” katanya.

Abdul Rahman berkata, penjawat awam yang terlibat dalam masalah hutang yang serius akan dipanggil bagi membincangkan jalan penyelesaian.

“Kita khuatir terdapat segelintir daripada mereka yang terdesak mendapatkan wang sanggup mengambil rasuah,” katanya. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2024 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Apoooooooo renovation rumah pakai loan?????????



Mmg normal ke lagu tu?????????

Aku laki bini renovate rumah ikut bajet duit tepi yang ada.. cash.. tak kacau fund retirement pun.. mmg duit tepi2.. ada duit renovate lah, takde duit duk dendiam... mcm ke ko tak lena tido takleh renovate rumah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tengah hadam lagi ni ayat dari berita...



Kebanyakan yang membuat pinjaman adalah untuk persiapan perkahwinan, urusan pendidikan anak-anak dan penambahbaikan rumah.




Kawen pun pinjam duit?????????? Beranak 5 pun silap2 loan tak abes bayar lagi....

Education anak pun berhutang??????????



Hutang lah ko sampai AJM
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 05:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Diorang ni mmg xreti menyimpan ke
Education fund pun xde
Org keluar ank je ank, terus set up 1 fund
By 18 dah boleh keluarkan
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni loan camne? Loan kerajaan ka apa ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2024 08:14 AM | Show all posts
green~tea replied at 8-4-2024 10:42 PM
Aku tengah hadam lagi ni ayat dari berita...

you might be spereais sis..i ada sorang classmate yang kawen guna PL .kerja gov juga. 10 tahun lepas kawen loan rm25k. dan lepas tu cerai. loan lagi nikah baru. yang ni tak pasti berapa.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Elehhhh mintak naik gaji la tu...swasta lagi ramai pinjam duit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2024 08:59 AM | Show all posts
Pengalaman org sekeliling, biarpun belum habis loan, tapi buat lagi overlap
Rupanya buat overlap lebih rugi tapi jika dah terdesak
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kepompong at 9-4-2024 10:22 AM
green~tea replied at 8-4-2024 10:41 PM
Apoooooooo renovation rumah pakai loan?????????




ini normal yach.. tak semua org kaya macam u...
ramai org i kenal loan dah abes , buat refinancing utk reno rumah utk up kan value rumah katanyaaa.. ntah la i sayang duit nak bayar fees kat loan property.. i zaman dulu2 beli property pakai personal loan ... pastu acah2 beli cash kat developer padehal loan jugak tu

i tak renovate rumah. sbb rumah i tokleh renovate

dulu la muda2 ada duit lebih je renovate now dah pindah nasibbb baik lah kot  duk rumah yg tokleh renovate cuma kena la buat maintenance sikit2
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 8-4-2024 10:42 PM
Aku tengah hadam lagi ni ayat dari berita...



hadam . jgn tak hadam

gen buat bisnes tahun 1999 - 2019 la untung skali

zaman skrg kalau tak loan, mmg tak bergerak la ... tkde perubahan dlm hidup,,, yg i perhatikan keliling i lahh..

i pun skrg tak bergerak dah .... duk la dendiam kat rumah pakai apa yg ada ... else kena loan jugak u. tapi i oldskool.. org dulu2 style... loan i berbentuk simpankan duit adik , offer diskaun kat tenant tapi kena bayar utk setahun , main undi etc. Kwn2 i suka arrahnu. i sayang duit arrahnu upah simpan mahal yach

i wisau jugak kalau anak2 i pun tergolong dlm golongan dlm artikel. tapi malas aahhh nak pk.. sbb anak2 dah buluh semua nya.. tak boleh lentur dah.. dpt hb plak enabler kat anak2... hanya mampu doa. tu pun i ni jahat tak taubat2 byk dosa.. camne la doa nak dimakbulkan
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols xtermasuk. Pki je duit apa yg ada
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Pinjam maksimum sampai 60% lepas tu memekik-mekik salahkan kerajaan harga barang mahal, potong subsidi, potong bantuan, mintak bonus, mintak naik gaji. Naik gaji byk mana pun takkan cukup. Sepatutnya kerajaan kawal dan ketatkan syarat untuk mohon pinjaman.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Lupa. tambah sikit.
Bila OPR naik salahkan bank makan riba
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 8-4-2024 10:41 PM
Apoooooooo renovation rumah pakai loan?????????




i nak betul kan ayat i, bukan tak ramai org macam u... tapi ...

tkde org kaya macam u... kalau ada pun tinggal tak sampai 1 percent je drp penduduk malaysia jota2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 9-4-2024 06:55 AM
Ni loan camne? Loan kerajaan ka apa ni?

Lonely      
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2024 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 9-4-2024 10:42 AM
kepompong replied at 9-4-2024 10:19 AM
i nak betul kan ayat i, bukan tak ramai org macam u... tapi ...

tkde org kaya macam u... kalau a ...


I tak rasa i kaya.. i always live below my means je..

I kawen/ nikah 1 majlis je 4 jam sewa venue  200 orang hadir... dah itu kemampuan masa tu, masa tu i baru lepas jatuh terduduk.. takde la nak loan2... this is pre-covid tau, mana ada org nikah majlis cincai camtu

Redha je 1 majlis, 4 jam akad nikah, kasi tetamu makan sikit2...  takde kenduri, takde tunang2, takde majlis bertandang sambut menantu
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 9-4-2024 09:54 AM
ini normal yach.. tak semua org kaya macam u...
ramai org i kenal loan dah abes , buat refinancin ...

Pergh duduk rumah strata gated guarded laa ni takleh renovate...

I duduk rumah yang husband provide masa dia keje pegawai gomen suatu masa dahulu... takde nye kitorg upgrade rumah.. i siap jual rumah i dlm KL sbb husband i tak sudi duduk (dia ckp sbb dia geli duduk rumah bekas ex i duduk)

So i duduk je rumah husband i provide walau geng2 i kebanyakan duduk rumah 3-5 juta kat publika, sunway montana, cyber's jacaranda or banglo sekitar putrajaya dan the likes...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 9-4-2024 10:56 AM
kepompong replied at 9-4-2024 10:19 AM
i nak betul kan ayat i, bukan tak ramai org macam u... tapi ...

tkde org kaya macam u... kalau a ...


Lagi satu.. for 5 years.. i drive ke ofis/gym or MRT station naik axia aje... masa dpt axia from husband tu i nangis terguling2 sbb AIB bagi i drive keta tu... tp dalam malu2 tu sempat 5 tahun juga drive axia...

Rasa awkward gila babiiiiiii lahhhh kelek handbag chanel tp bawak axia.. bodoh gila rasa.. tiba2 rasa cam org pandang aku, mesti chanel fake tu... nate sungguh..

Literally,  i mmg nangis dalam kereta atas MEX highway sbb i malu sgt kena drive keta tu.... i ada keta lain tp husband ajar i.. cuba.. cuba jadi orang biasa... toksah bongkak sgt

Husband i ckp, dia nak ajar i pasal humility.. jadi humble

Sbnrnya banyak tahun jugak husband i didik i pasal live below our means... kadang2 ego i tercalar kenapa nak fake acah2 marhaen.. tp tu lah.. it saves us dari jadi mangsa materialistic and failed financial
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp now i dah selamat tendang axia tu keluar dari porch i.. fuh legaaaaaa... tp i still pakai kereta marhaen utk ke ofis / groceries la... i amek toyota yaris specific for daily city drive (keje, gym & groceries)..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.079397 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list