CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5627|Reply: 0

Inter hampiri kejuaraan Serie A

[Copy link]
Post time 9-4-2024 08:14 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Inter Milan, Davide Frattesi (tengah) meraikan gol kemenangan bersama Nicolo Barella (kiri) dan Lautaro Martinez ketika menentang Udinese pada aksi Serie A di Dacia Arena, Udine awal pagi tadi. – Foto REUTERS

UDINE, Itali: Davide Frattesi memacu Inter Milan setapak lagi menghampiri kejuaraan Serie A dengan gol kemenangan lewat aksi sekali gus bangkit menundukkan kelab bermasalah Udinese 2-1 awal pagi tadi.

Pemain tengah Itali, Frattesi menampan masuk gol kemenangan pada minit kelima masa kecederaan di Udine untuk mengekalkan kelebihan 14 mata Inter di puncak liga dengan berbaki tujuh perlawanan musim ini.

Aksi Udinese-Inter kelihatan akan berakhir dengan keputusan seri ketika mereka bergelut untuk menambah gol susulan penalti Hakan Calhanoglu, yang disumbat sembilan minit selepas rehat serta memadamkan gol pembukaan Udinese jaringan Lazar Samardzic.

"Kami sama sekali tidak fikir kami sudah menjuarainya. Kami ada perlawanan lain untuk diharungi dan kami perlu tampil untuk menyempurnakannya," kata Frattesi kepada Sky Sport.


"Saya terlalu gembira, ia benar-benar satu kemenangan besar yang perlu kami sudahkan. Anda tidak boleh menang setiap perlawanan 4-0, penting juga anda mampu memenangi perlawanan sukar."



Hakan Calhanoglu menjaringkan gol pertama Inter Milan menerusi sepakan penalti menentang Udinese di Dacia Arena, Udine awal pagi tadi. – Foto REUTERS

AC Milan adalah pencabar terdekat Inter dan kemenangan awal pagi tadi memastikan bakal juara mungkin akan memastikan Scudetto ke-20 mereka pada pertembungan jiran tetangga dua minggu lagi.

Meraih kejuaraan liga dengan kemenangan keenam berturut-turut pada aksi jiran tetangga pasti membolehkan Calhanoglu membalas dendam kerana dia dibenci penyokong Milan selepas berpindah tiga tahun lalu.

"Secara jujur saya tidak suka bercakap mengenai pasukan lain dari mana saya datang," kata Calhanoglu.

"Saya hormat mereka dan saya mempunyai hubungan baik dengan pemain. Apa yang berlaku dalam tahun pertama saya di sini sudah menjadi sejarah.

"Saya menumpukan kepada rakan sepasukan saya kerana mereka hebat... Ia lebih penting." – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... iri-kejuaraan-serie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.050413 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list