CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5870|Reply: 0

[Terengganu] Aidilfitri: Ayam tua jadi pilihan untuk lauk

[Copy link]
Post time 9-4-2024 12:05 PM | Show all posts |Read mode

Peniaga ayam tua di pasar cabang tiga sedang melayani permintaan pelanggannya. FOTO BAHAROM BAKAR

Kuala Terengganu: Ayam tua atau 'ayam pencen' menjadi pilihan utama orang ramai untuk dijadikan lauk sempena cuti Aidilfitri.

Tinjauan di beberapa pasar awam di sini, mendapati orang ramai terutama suri rumah sanggup beratur untuk membeli ayam itu.

Peniaga ayam, Rosshidawani Ruslee, 37, dari Kampung Kubang Parit, di sini, berkata, 1,600 ayam tua dianggarkan seberat kira-kira 1.6 metrik tan habis dijual dalam tempoh dua jam.

Katanya, ada antara pelanggan membuat tempahan untuk mendapatkan ayam tua, sejak minggu lalu.

"Kami menjual ayam tua pada harga RM12 seekor, dianggarkan seekor ayam itu seberat dua kilogram (kg)," katanya ketika ditemui di gerainya di Kampung Gong Pauh di sini, hari ini.

Peniaga di pasar Cabang Tiga, Muhammad Firdaus, 45, berkata, ayam tua atau 'ayam pencen' mendapat permintaan tinggi daripada pengunjung tahun ini, berbanding pada musim Aidilfitri tahun lalu.

Katanya, permintaan tinggi ayam tua bukan disebabkan peningkatan harga ayam segar, sebaliknya isi yang pejal dan keras menyebabkan menjadi pilihan pengunjung.

"Bekalan ayam tua diperolehi daripada pengeluar dan penternak ayam telur terutama dari Perak dan Johor," katanya yang mengakui menjual kira-kira 2,500 ayam tua atau kira-kira 2.5 metrik tan, dalam tempoh empat jam.

Sementara itu, suri rumah, Rakiah Abdullah, 68, berkata, walaupun isi ayam tua liat dan keras, tetapi ia tetap menjadi pilihan ahli keluarga dan tetamu yang mengunjungi kediamannya, setiap kali sambutan Aidilfitri.

Katanya, daging ayam ayam tua yang manis sesuai untuk dimasak untuk hidangan rendang, sup, gulai dan kari.

"Bagi melembutkan isi daging ayam tua, lada hitam dan halia digunakan untuk rebusan.

"Isinya yang tidak mudah hancur ketika dimasak menyebabkan ayam tua menjadi pilihan sebagai lauk tambahan untuk pelbagai hidangan," katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati semua gerai menjual ayam di pasar Cabang Tiga dan Pasar Besar Kedai Payang ada menjual ayam tua.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pilihan-untuk-lauk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.051619 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list