CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8072|Reply: 0

[Melaka] Ibu meraung, anak maut sehari sebelum Aidilfitri

[Copy link]
Post time 9-4-2024 12:20 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD AMIN meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

MELAKA – Seorang remaja maut selepas motosikal yang dia tunggang bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tanjung Minyak, Bukit Rambai, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1.04 pagi itu, mangsa, Muhammad Amin Fakhrullah Mohd. Faiez, 19, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Satu klip video berkaitan nahas turut tular di media sosial memaparkan seorang wanita dipercayai ibu mangsa yang gagal mengawal emosi dan meraung sebaik sahaja melihat jasad remaja berkenaan di lokasi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari arah Bukit Rambai ke Tanjung Minyak.

“Setiba di lokasi, sebuah kereta jenis Honda City dipandu seorang pelajar universiti berusia 22 tahun dipercayai telah memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan mangsa.

“Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, siasatan kemalangan masih diteruskan dan pihak polis telah mengambil sampel darah pemandu terlibat untuk ujian toksikologi.

“Mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... sebelum-aidilfitri/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.080836 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list