Edited by maklukpenggoda at 9-4-2024 10:37 PM
ALOR SETAR - Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah menyerahkan pembayaran pampasan faedah notis penamatan perkhidmatan pekerja kepada 20 orang bekas pekerja Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zafir Annuar Ghazali berkata, pembayaran pampasan faedah notis penamatan perkhidmatan pekerja adalah berdasarkan kontrak perkhidmatan masing-masing.
Menurutnya, kesemua mereka menerima pampasan antara RM6,000 hingga RM30,000 seorang selepas pengumuman penutupan operasi syarikat itu sebelum ini.
"Saya telah memenuhi janji saya untuk membayar pampasan yang telah dipersetujui sebelum ini.
“Insya-ALLAH, dalam masa dua hingga tiga bulan akan datang, tuan-tuan akan menerima gaji tunggakan seperti yang diminta," katanya pada Ahad.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan cek kepada bekas staf KAHB di Wisma Darul Aman, di sini.
|