CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8747|Reply: 0

[Pahang] 15 minit lepas rindu jumpa yang tersayang

[Copy link]
Post time 13-4-2024 11:42 AM | Show all posts |Read mode
15 minit lepas rindu jumpa yang tersayang


Mohd Rafi Mamat
am@hmetro.com.my



HASNOR (tiga dari kiri) meninjau proses keluarga bertemu dengan banduan sempena program perjumpaan Aidilfitri di Penjara Penor. FOTO Mohd Rafi Mamat




Kuantan: "Walaupun hanya 15 minit bertemu isteri dan anak di sebalik cermin, rindu kepada mereka terubat pada Aidilfitri kali ini," kata banduan warga emas yang mahu dikenali sebagai, Daut, 65.

Daut antara lebih 300 banduan Penjara Penor, di sini menjalani hukuman pelbagai kesalahan yang dibenarkan bertemu keluarga masing-masing pada program perjumpaan Hari Raya Aidilfitri selama dua hari berakhir hari ini.

Menurut Daut yang juga pesara kerajaan, dia akan bebas tahun depan selepas dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan mencabul dan kali ini adalah kali ketiga dia menyambut lebaran di sebalik tembok penjara.

"Saya reda dengan apa yang berlaku. Kerana terlalu ikutkan hawa nafsu hingga akhirnya saya dihumban ke penjara.

"Saya menyesal dengan kesalahan yang dilakukan dan sebagai tukang urut tradisional, perbuatan keji itu tidak sepatutnya dilakukan," katanya ditemui pada program berkenaan, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Penjara Penor, Penguasa Penjara (PP) Mohamad Hasnor Abd Hamid, berkata setiap keluarga dibenarkan berjumpa dengan banduan menerusi telefon antara 10 hingga 15 minit sahaja berbanding 30 minit pada hari biasa.

Menurutnya, lebih 300 keluarga datang bertemu banduan pada tahun ini sempena Aidilfitri berbanding 350 tahun lalu.

"Hanya lima ahli keluarga dibenarkan bertemu banduan. Penjara Penor turut menyediakan kuih raya untuk keluarga berikan ke banduan, tiga pakej hamper berharga RM50, RM100 dan RM150. Setiap pakej terdapat antara tiga hingga lapan jenis kuih raya

"Tujuan program perjumpaan Aidilfitri diadakan bagi memberi peluang kepada keluarga melepaskan rindu pada banduan selain menjadi sokongan pada banduan serta bukti golongan terbabit tidak disisih keluarga," katanya.



Disiarkan pada: April 13, 2024 @ 10:38am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.064509 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list