CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7194|Reply: 0

Dua gol Fernandes bantu United ikat Bournemouth

[Copy link]
Post time 14-4-2024 10:18 AM | Show all posts |Read mode

FERNANDES menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti. -FOTO AFP

Bournemouth, United Kingdom: Peluang Manchester United untuk beraksi di Liga Juara-Juara musim depan semakin tipis apabila dua gol dari Bruno Fernandes hanya mampu mencatatkan keputusan seri 2-2 melawan Bournemouth awal pagi tadi.

Bournemouth memimpin perlawanan dua kali melalui Dominic Solanke dan Justin Kluivert dan Bournemouth dihalang daripada memenangi permainan pada minit terakhir selepas keputusan kontroversi VAR memberikan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah.

Satu mata itu yang diperoleh United itu tidka membantu mereka melonjakkan kedudukan dan kini masih ketinggalan 10 mata di belakang Aston Villa dan Tottenham dalam pemburuan empat tempat teratas dengan saingan berbaki enam perlawanan lagi.

The Red Devils kini hanya menang sekali dalam tujuh perlawanan liga terakhir mereka, mencetus persoalan masa depan Erik ten Hag sebagai pengendali United musim depan.


"Kami perlu menang dalam perlawanan kami dan sudah melepaskan terlalu banyak mata dalam beberapa perlawanan terakhir," kata Ten Hag.

"Lawan bergelut kerana mereka memberikan begitu banyak tenaga pada separuh masa pertama dan terdapat begitu banyak jurang tetapi kami tidak mendapat manfaat daripadanya."

Sekali lagi, kelemahan pertahanan United yang dieksploitasi ketika Bournemouth hampir berjaya meraih kejayaan berganda selepas menang 3-0 di Old Trafford awal musim ini.

Pemain remaja Perancis Willy Kambwala mengekalkan tempatnya sebagai bek tengah dengan Raphael Varane, Lisandro Martinez dan Victor Lindelof antara yang pemain yang tidak diturunkan kerana kecederaan.

Fernandes menjadi penyelamat dengan dua gol termasuk sepakan penalti.

Bournemouth mencipta deretan peluang di awal permainan dan mendahului permainan menerusi Solanke sebelum Fernandes menyamakan kedudukan pada minit ke-31.

Kluivert kemudian menghukum benteng United untuk kembali meletakkan tuan rumah di depan, tetapi pelawat diberikan sepakan penalti di babak kedua selepas bola terkena tangan Adam Smith.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ed-ikat-bournemouth
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.073525 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list