CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8677|Reply: 0

[Terengganu] Lebih 9,000 panggilan kecemasan kebakaran terbuka dalam 3 bulan

[Copy link]
Post time 14-4-2024 03:50 PM | Show all posts |Read mode

Foto fail BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima 9,198 panggilan kecemasan di seluruh negara berkaitan kes kebakaran terbuka dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohamad, berkata ia membabitkan kebakaran kategori kebun dan ladang, hutan, belukar dan lalang serta sampah.

Beliau berkata, cuaca panas dan kering pada Mac lalu menyebabkan berlaku peningkatan kes kebakaran berbanding Januari dan Februari.

"Pada Mac lalu, sebanyak 4,935 kes direkodkan berbanding hanya 746 kes pada Januari dan 3,517 kes pada Februari.


"Daripada jumlah itu, kebakaran di kawasan belukar dan lalang merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 6,584 kes diikuti kebakaran hutan (1,149 kes), kebakaran sampah (1,053 kes) dan kebun dan ladang (412 kes).

"Sabah mencatatkan kes kebakaran tertinggi sepanjang tiga bulan lalu iaitu sebanyak 1,557 kes diikuti Kedah (1,541 kes), Johor (1,021 kes), Melaka (746 kes) dan Selangor (608 kes)," katanya ketika dihubungi.

Nor Hisham berkata, orang ramai terutama peladang dan pekebun dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang pembakaran terbuka.

Katanya, orang ramai diminta segera menghubungi JBPM sekiranya ternampak kebakaran bagi membolehkan tindakan segera diambil seterusnya menghalang ia daripada merebak.

"Kita bersedia menghadapi sebarang insiden kebakaran dan pemantauan sentiasa dilakukan di kawasan yang berisiko berlaku pembakaran terbuka seperti tanah gambut dan lalang," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... rbuka-dalam-3-bulan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.132024 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list