CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2604|Reply: 0

[Sabah] Lelaki dikhuatiri lemas ditemukan selamat

[Copy link]
Post time 14-4-2024 07:01 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Pasukan bomba ketika menjalankan operasi SAR di pesisir pantai berkenaan.

KOTA KINABALU: Lelaki yang dikhuatiri lemas di pantai Tanjung Lipat, Jalan Tun Fuad Stephens, di sini, ditemukan dalam keadaan selamat, pagi tadi.

Mangsa yang berusia 52 tahun itu, dipercayai sudah ‘timbul’ dan naik ke darat terlebih dahulu berbanding rakannya sebelum mendakwa tersesat.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam, mangsa ditemukan dalam keadaan selamat.

“Mangsa selamat dan telah membuat pengesahan identiti di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

“Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan jam 8.32 pagi,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Terdahulu, Hendry warga asing dikatakan menjalankan aktiviti menyelam mencari ikan bersama 14 rakannya di perairan Tanjung Lipat, di sini, kira-kira jam 8.30 malam.

Bagaimanapun hanya tinggal 14 orang sahaja yang timbul manakala seorang lagi dilaporkan hilang sebelum operasi SAR dilakukan, kira-kira jam 2 pagi.

Operasi SAR dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.060286 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list