CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2577|Reply: 0

[Sabah] Tiga lelaki lakukan jenayah samun diberkas D9 JSJ

[Copy link]
Post time 14-4-2024 07:04 PM | Show all posts |Read mode


SUSPEK: Ketiga-tiga suspek yang berjaya diberkas selepas melakukan samun di kedai serbaneka

KOTA KINABALU: Tiga lelaki ditahan selepas disyaki terbabit dalam kejadian samun menggunakan pisau pemotong daging di sebuah kedai serbaneka di Inanam, awal pagi semalam.

Ketiga-tiga suspek warga tempatan berusia 27 hingga 29 tahun itu ditahan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah antara jam 4 petang hingga 5.30 petang semalam.

Ketua JSJ Kontinjen Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Azmi Abd Rahim berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 315 pagi.

Katanya, dua daripada tiga suspek yang bersenjatakan pisau pemotong daging berjaya melarikan wang tunai RM470 sebelum melarikan diri dengan menggunakan sebuah kereta.

Menurutnya, susulan laporan diterima,  polis melancarkan operasi dan berjaya menahan dua suspek pada jam 4 petang pada hari yang sama dan selang sejam suspek ketiga turut berjaya ditahan.

“Dua suspek ditahan di belakang bangunan Centre Point oleh sepasukan pegawai dan anggota D9 Bahagian Siasatan Jenayah IPK Sabah.

“Pasukan operasi turut merampas barang kes yang disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Azmi berkata, sejam selepas itu, suspek ketiga berjaya ditahan di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan soal siasat ke atas semua suspek, mereka mengaku melakukan kes samun berkenaan.

“Siasatan lanjut mendapati suspek pertama mempunyai satu jenayah lampau berkait dadah dan suspek kedua memiliki 10 rekod jenayah lampau terkait dadah, mencuri, dan pecah rumah.

“Suspek ketiga pula mempunyai lima rekod jenayah lampau berkait dadah dan pecah rumah,” katanya.

Katanya, ketiga-tiga suspek adalah penganggur dan kini direman untuk siasatan lebih lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun berkumpulan yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh 20 tahun, denda atau sebat,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.046726 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list