CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2086|Reply: 0

[Sarawak] 79 kubur di Muara Lebaan, Bintangor diceroboh

[Copy link]
Post time 14-4-2024 07:28 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan beberapa buah kubur di Tanah Perkuburan Muara Lebaan, Bintangor yang dilaporkan diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

BINTANGOR: Sekitar 79 buah kubur di Tanah Perkuburan Muara Lebaan, Bintangor dilaporkan telah diceroboh.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Sekam Anoi berkata, pihak polis telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada 12 April, jam 12.33 tengah hari.

“Dalam kejadian ini, pengadu telah melaporkan mengetahui berkaitan pencerobohan tersebut daripada satu hantaran individu melalui aplikasi media Facebook.

“Hasil siasatan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Meradong mendapati sekitar 79 buah kubur di lokasi terbabit telah dirosakkan dengan cara memecahkan simen serta mengorek lubang sehingga menampakkan keranda.

“Menurut pengadu, kali terakhir beliau bersama penduduk kampung melawat tapak perkuburan tersebut ialah pada 30 Mac yang lalu,” kata Sekam dalam kenyataannya kepada media, semalam.

Tambah Sekam, pihak polis amat mengalu-alukan maklumat orang awam untuk membantu dalam kes pencerobohan ini.

Katanya, maklumat awam ini amat penting dalam membantu pihak polis dalam mencegah aktiviti yang tidak bermoral ini agar ia tidak berlaku dan berulang lagi.

Menurut Sekam, motif pencerobohan kubur tersebut dipercayai bagi mendapatkan barang kemas dan barang-barang berharga yang dikuburkan bersama si mati.

“Sebarang maklumat dan aduan boleh diajukan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong di talian 084-693222.

“Berikutan itu juga, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan (pencerobohan kubur),” ujar Sekam lagi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.049497 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list