CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4345|Reply: 0

[Sarawak] 29 saman dikeluarkan sepanjang Ops Selamat dan Bersepadu di Sri Aman

[Copy link]
Post time 14-4-2024 07:39 PM | Show all posts |Read mode


Sekitar operasi yang dijalankan semasa Ops Selamat dan Bersepadu di Sri Aman.

KUCHING: Sebanyak 29 saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan polis Sri Aman sepanjang Ops Selamat 22 2024 sempena Hari Raya Aidilfitri dan Ops Bersepadu setakat hari keenam operasi.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mathew Manggie berkata, operasi bersepadu itu dilaksanakan bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) dan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).

“Kita telah membuat Advokasi Kempen Keselamatan Ops Selamat Hari Raya bertempat di KM2 Jalan Sri Aman-Kuching dalam usaha untuk menurunkan kadar kemalangan jalan raya dan jenayah pecah rumah.


“Sebanyak 29 saman atas pelbagai kesalahan juga telah dikeluarkan sepanjang Ops Besepadu bersama Bahagian JPJKK IPD Sri Aman,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Mathew, tujuan operasi tersebut adalah untuk mencegah kemalangan daripada berlaku, selain mendidik pengguna jalan raya tentang pentingnya mematuhi undang-undang jalan raya.

“Ia juga bagi mengesan kenderaan yang telah dilaporkan dicuri atau hilang dan memastikan kehadiran trafik dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) khasnya dirasai sepanjang musim perayaan.

“Selain itu, mengeluarkan kompaun atau saman bagi kesalahan-kesalahan jalan raya pengguna jalan raya,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.572582 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list