CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5977|Reply: 0

[Pahang] Kenderaan berat lebih 20 tan punca plat keluli Jambatan Bailey rosak

[Copy link]
Post time 15-4-2024 11:53 AM | Show all posts |Read mode

Foto dirakam pada 18 Januari 2024 menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan (depan tiga, kiri) bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (depan kanan) meninjau jambatan panel kelili bermodula atau lebih dikenali jambatan bailey yang dipasang di Kilometer 73 Seksyen 102 FT12 Lebuhraya Kuantan-Segamat. - Foto fail BERNAMA

KUANTAN: Peningkatan jumlah kenderaan berat termasuk melebihi had muatan 20 tan yang melalui Laluan Persekutuan FR 12 Jalan Kuantan-Segamat, Pekan dikenal pasti sebagai punca kerosakan plat keluli jambatan panel keluli bermodular atau Jambatan Bailey di laluan berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Kerja Raya (JKR) menjelaskan mengambil kira aliran trafik semasa yang tinggi, kerja pembaikan kerosakan hanya sesuai dilaksanakan selepas musim perayaan berikutan pembaikan Jambatan Bailey akan membabitkan penutupan keseluruhan jalan di lokasi itu.

"Dalam masa yang sama, JKR Pahang telah memasang lampu solar di sekitar laluan yang telah dikenal pasti sebagai usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya.

"Untuk makluman, kerajaan telah meluluskan pembinaan jambatan baharu bagi menggantikan jambatan asal yang telah runtuh pada awal Januari lalu.


"Sehubungan itu, semua pengguna di laluan terbabit dimohon agar bersabar, berhati-hati serta mematuhi had laju yang telah ditetapkan.

"JKR juga memohon agar semua pengguna jalan raya terutama kenderaan berat agar mematuhi had muatan yang telah ditetapkan demi keselamatan dan keselesaan bersama," menurut kenyataan itu.

JKR mengambil serius ciapan yang dimuatnaik pemegang akaun X @HezeriSamsuri pada 12 April lalu, yang meluahkan kekecewaan berkenaan situasi trafik di Laluan Persekutuan FR 12 terutama ketika melintasi Jambatan Bailey yang mendap di Seksyen 102 semasa musim perayaan Aidilfitri.

Jambatan Bailey di lokasi terbabit dibuka kepada kenderaan ringan tidak melebihi had muatan 20 tan pada 27 Januari lalu yang bertujuan untuk menghubungkan jalan terputus akibat banjir pada awal Januari lalu.

Beberapa hari lalu, tular pengguna jalan raya meluahkan perasaan tidak puas hati berikutan mengambil masa lama untuk tiba di Jambatan Bailey di Lebuhraya Kuantan-Segamat.

Mereka berasa tidak selesa kerana perlu berdepan kesesakan lebih dua hingga tiga jam untuk melepasi jambatan itu termasuk kerosakan yang berlaku di jambatan itu.

Pada 7 Januari lalu, laluan itu ditutup berikutan mendapan tanah dikesan di laluan terbabit sehingga menyebabkan laluan berkenaan berlubang dan hampir putus.

Pada 27 Januari lalu, laluan itu kembali dibuka semula selepas Jambatan Bailey dibuka dua hala kepada kenderaan dengan had muatan dibenarkan tidak melebihi 20 tan dan had kelajuan 30 kilometer sejam (km/j).

Jambatan Bailey jenis Acrow 700XS itu dibina sepanjang 30.48 meter dengan kelebaran 9.3 meter. Ia dilapor akan dikekalkan di tapak berkenaan sehingga penyelesaian jangka panjang diambil.

JKR Pekan menerusi hantaran di Facebook sebelum ini, turut menasihati pengguna berhati-hati ketika melalui laluan terbabit dan sentiasa mematuhi arahan papan tanda yang disediakan.
https://www.bharian.com.my/berit ... mbatan-bailey-rosak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 - Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Gong Yoo ~ 26 Dec 2024 (Season 2), 2025 (Final Season)
Rahah[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 -
Views : 29125 Replies : 254
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 44248 Replies : 29
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 11125 Replies : 449
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 47200 Replies : 1958
siri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayangkan di Neflix hari ini
YgBenarsiri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayang
Views : 13087 Replies : 5
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232317 Replies : 1832
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109982 Replies : 1152
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 52274 Replies : 1477

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.048073 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list