CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4005|Reply: 4

[Tempatan] Individu didakwa hina sultan dan Agong perlu kena tindakan tegas, kata Timbalan Ketua Umno Johor Ahmad Maslan

[Copy link]
Post time 15-4-2024 01:23 PM | Show all posts |Read mode
Individu didakwa hina sultan dan Agong perlu kena tindakan tegas

https://www.freemalaysiatoday.co ... ena-tindakan-tegas/

FMT Reporters
14 Apr 2024, 04:09 PM


Ahmad Maslan yang juga timbalan ketua Umno Johor tidak mahu perkara sentuh 3R menjadi ‘api dalam sekam’.

Ahmad Maslan ulas kenyataan Hezry Yasin yang juga ahli PAS tidak tadah tangan ketika ‘doa buat sultan/Agong dan keluarga’.

PETALING JAYA: Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap individu memuat naik hantaran enggan menadah tangan ketika “doa buat sultan/Agong”, Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Umno Johor Ahmad Maslan, berkata tindakan itu perlu dilakukan segera lebih-lebih lagi selepas laporan polis dibuat oleh 26 bahagian Pemuda Umno Johor.

“Ia penting supaya tindakan undang-undang dikenakan terhadap individu yang memuat naik hantaran yang menyentuh 3R, jika perkara ini dibiarkan berterusan, ia akan menjadi api dalam sekam,” katanya lapor Berita Harian.

Dalam entri dipadamkan, individu itu, Hezry Yasin yang juga ahli PAS antara lain menyatakan dia tidak menadah tangan ketika doa dibacakan untuk sultan atau Agong semasa solat Jumaat pada 12 April lalu.


“Namun, ketika doa buat sultan/Agong dan keluarga, saya menurunkan tangan. Dan kembali menadahkan tangan selepas doa buat mereka (rakyat Islam),” katanya.

Beliau juga mendakwa doanya hanya diberikan kepada pemimpin yang meletakkan agama nombor satu dan memperjuang serta mempertahankan Islam ketika agama diancam.

Hezry bagaimanapun memohon maaf atas tindakannya dan sedia memberikan kerjasama, jika disiasat pihak berkuasa.

Menurutnya, penulisan itu “pandangan peribadi” dan beliau tiada niat menghina institusi diraja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2024 02:12 PM | Show all posts
lama tak dengo pelawak ni bersuara..Agong Sultan Johor..ko rakyat johor..so mengampulah Agong la ye mat maselan
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 05:13 PM | Show all posts
Angkat ja tangan jaga hati orang sebelah walau ada ja aku nampak yang tak tadah tangan. Aku berpendapat amin ja lah bukan makbul pun. Contoh terbaik ialah qunut nazilah tu. Banyak negeri dah slow2 stop.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kot ye pun ko x nak tadah tgn x payah la post kat medsos. Diam2 suda.

Ha skrg rasain di atas kebodohan lo sendirik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 09:14 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.075245 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list