CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3329|Reply: 0

[Kelantan] Operator kilang maut selepas 13 jam bertarung nyawa

[Copy link]
Post time 15-4-2024 01:35 PM | Show all posts |Read mode
Operator kilang maut selepas 13 jam bertarung nyawa

OlehHAZELEN LIANA KAMARUDIN







15 April 2024 01:12pm
Seorang operator kilang meninggal dunia selepas 13 jam bertarung nyawa akibat terlibat kemalangan di Jalan Pulai-Kuala Tuang pada Ahad.




GUA MUSANG - Seorang operator kilang yang terlibat kemalangan di Jalan Pulai-Kuala Tuang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indera Petra 2 di sini pada Ahad meninggal dunia selepas bertarung nyawa hampir 13 jam.

Mangsa berusia 30 tahun itu meninggal dunia jam 2 pagi, Isnin.



Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah pacuan empat roda dengan motosikal jenis Y-15RZ.

"Semasa kejadian mangsa menghala ke arah Kuala Lumpur melalui jalan Pulai. Setiba di lokasi, motosikal yang ditunggang mangsa telah merempuh bahagian belakang kenderaan itu.



"Kenderaan itu menghala ke arah yang sama. Akibat pelanggaran itu mangsa telah tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan pada bahagian kepala," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, mangsa telah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

Ujarnya, sekitar jam 2 pagi pada Ahad, kakak mangsa telah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang memaklumkan adiknya sudah meninggal dunia.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ).




"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.050302 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list