CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27764|Reply: 0

[Sarawak] 20 anggota 6 RS diatur gerak bantu padam kebakaran rumah Gerawat

[Copy link]
Post time 15-4-2024 07:02 PM | Show all posts |Read mode


Anggota tentera memasang peralatan bagi memadam kebakaran di kediaman milik Gerawat di Kampung Pa’ Umor, Bario, awal pagi semalam.

KUCHING: 20 anggota Batalion Keenam, Rejimen Sempadan (6 RS) diatur gerak bagi membantu memadamkan kebakaran membabitkan rumah milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala di Kampung Pa’ Umor, Bario, awal pagi semalam.

Jurucakap Sel Operasi Media, Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat berkata, tindakan diambil sejurus pihaknya menerima panggilan bantuan daripada Ketua Kampung Pa' Umor iaitu Pasang Ibuh sekitar jam 2 pagi.

Jelasnya, pasukan sedang melaksanakan Ops Jagakawan di Bario sebelum diaturgerakkan ke tempat kejadian yang sejauh 10 kilometer dari Pos Bario.

“Pada jam 5.30 pagi, Tentera Darat Malaysia (TDM), Pasukan Bomba Sukarela Bario dan penduduk setempat telah berjaya memadamkan kebakaran.

“Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Menurut kenyataan itu juga, semangat dan kerjasama yang dipamerkan oleh semua pihak demi kesejahteraan rakyat adalah selaras dengan konsep Whole of Government and Whole of Society dan Teras Keempat Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-30 iaitu ’Gagasan Tentera dan Rakyat’.

“TDM akan terus memberikan kerjasama kepada agensi-agensi awam demi kesejahteraan rakyat di Sarawak dan Sabah.

“Kerjasama seumpama ini sejajar dengan usaha memperkasakan kerjasama dan hubungan erat TDM dengan agensi awam,” katanya.

Dalam pada itu, media melaporkan kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu itu dilaporkan terbakar sepenuhnya dan tidak dapat diselamatkan.
Seramai enam penghuni dilaporkan selamat dan kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.064299 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list