CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3885|Reply: 11

[Tempatan] Beras putih tempatan dah ada, namun belum cukup

[Copy link]
Post time 16-4-2024 10:13 AM | Show all posts |Read mode
Beras putih tempatan dah ada, namun belum cukup

https://www.malaysiakini.com/news/702552

Iqbal Harraz & Adib Faris
Diterbitkan:  Apr 16, 2024 9:30 AM
Dikemaskini: 9:30 AM



Beras putih tempatan sudah berada di pasaran tempatan namun bekalannya masih belum cukup untuk menampung permintaan, menurut pekerja beberapa pasar raya besar.

Tinjauan Malaysiakini di beberapa pasar raya sekitar Lembah Klang mendapati beras putih tempatan tidak diletakkan dalam kuantiti yang banyak ditempat yang disediakan.

Kakitangan pasar raya terbabit juga memaklumkan beras putih tempatan dijual kepada orang ramai dalam tempoh yang singkat.

Penyelia pasar raya Lotus’s Cheras, Sofian Ramli berkata, cawangan pasar raya itu menerima bekalan beras putih tempatan secara mingguan dengan purata sebanyak dua palet atau bersamaan 200 beg.

“Beras putih tempatan memang ada namun tidak dalam kuantiti yang banyak,” katanya.

Sofian berkata, Lotus’s menerima bekalan beras putih tempatan dalam kuantiti yang banyak beberapa hari sebelum perayaan Aidilfitri iaitu antara tujuh hingga lapan palet daripada setiap pembekal.



“Semua bekalan tersebut telah habis dijual dalam masa yang singkat sejurus selepas dipasarkan dalam cawangan kami,” katanya.

Sofian berkata bekalan dengan kuantiti tersebut hanya diperoleh sebelum Aidilfitri, memandangkan mereka kembali mendapat dua palet daripada satu syarikat pada hari ini.

“Bagaimanapun untuk mengetahui lebih lanjut tentang kuantiti bekalan secara konsisten, kita perlu tunggu beberapa minggu lagi,” jelasnya.

Terdahulu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata stok fizikal beras negara mencecah lebih satu juta tan metrik termasuk 290 ribu tan metrik stok penimbal beras, di mana jumlah ini mampu menampung keperluan bagi tempoh lima bulan lebih.

Mohamad turut menegaskan pengedaran stok beras putih tempatan sedang giat dijalankan di samping pelaksanaan penurunan harga beras putih import di antara RM2 hingga RM3.

Sementara itu Pengurus Bahagian Makanan Mydin Seksyen 18, Shah Alam, Wade Iswadi berkata cawangannya mula menerima bekalan beras putih tempatan secara konsisten dengan purata 180 hingga 200 beg beras bagi pek 10 kilogram daripada setiap pembekal sejak Aidilfitri.



“Sebelum ini ketika bulan Ramadan cawangan kami langsung tidak menerima bekalan beras tempatan namun kini terdapat peningkatan.

“Bagaimanapun bilangan ini masih belum cukup untuk menampung keperluan masyarakat,” katanya.

Iswadi berkata cawangan Mydin itu memerlukan sekurang-kurangnya 300 beg beras putih tempatan untuk menampung keperluan pelanggannya.

Hasil tinjauan di beberapa pasar raya seperti di TF Value Mart, Taman Connaught dan Giant Hypermarket di Seksyen 7, Shah Alam mendapati cawangan mereka menerima bekalan beras putih tempatan sebanyak 200 beg secara purata.

Sementara itu, beras putih tempatan tidak dipasarkan di Checkers Hypermarket dan ST Rosyam Mart di sekitar Shah Alam.

Kakitangan ST Rosyam Mart berkata mereka langsung tidak menerima bekalan beras tersebut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2024 12:46 PM | Show all posts
Edited by Themilo at 16-4-2024 04:47 AM

pendapat weols, pengeluaran beras tempatan tiap tahun memang tak cukup untuk kegunaan domestik, tapi selama ni rakyat tak cakna, sebab ada beras import yang dijual dengan harga sama dengan beras tempatan.

tapi bila india buat sekatan, harga pulak naik, baru semua nak cari beras tempatan & memekik beras hilang la, kartel la, dll.

padahal, dah berpuluh tahun beras tempatan tara tu jaaa productionnyahhh...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 12:47 PM | Show all posts
makanan ruji rakyat pon tak terjaga
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 16-4-2024 04:27 PM
Themilo replied at 16-4-2024 12:46 PM
pendapat weols, pengeluaran beras tempatan tiap tahun memang tak cukup untuk kegunaan domestik, tapi ...


dah mak bapak  sumer  nk antar anak pi U jadi doc,loyer,jurutera bagai....sapa jer nk tanam padi jd petani miskin hina????
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 03:27 PM | Show all posts
semasa solat tarawikh ramadan lalu, I terdengar ada jemaah respon berkaitan zakat fitrah. sbbnya Pengerusi surau sebut malam tersebut iman solat jemputan adalah merangkap amil zakat. jadi Pengerusi sebut, klu makan beras tempatan harga RM 7, beras import RM14.....makan beras basmathi RM21...lebih kurang gitulah. jemaah kata, skrg mana ada beras tempatan, nak tak nak kena beli beras import, jadi nak bayar ikut harga mcm mana? bukan sbb mampu beras import tapi xde pilihan dah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Beras tempatan ok ke? Bagi je la B40 makan beras tempatan. Yg lain2 tu pi la beli beras import. Duit banyak, apadahal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2024 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 16-4-2024 03:18 PM
dah mak bapak  sumer  nk antar pi U jadi doc,loyer,jurutera bagai....sapa jer nk tanam padi jd pet ...

Miskin hina memakai baju baru warna-warni;
Mengunjungi sanak kaum famili...

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 04:39 PM | Show all posts
Tak pernah jumpa pun di kedai runcit & Mini Market pekan kecil.
Tak pernah jumpa juga di Supermarket, Hypermarket, Mini Market & kedai Runcit di Badaraya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2024 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mat Sabu tersenyum sinis . Vote Mat Sabu for next Piyemmmm
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Favourite iols tetap beras cap mangga setelah cuba pelbagai jenis jenama beras.

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 10:37 PM | Show all posts
Beras tempatan stok sangat terhad, rakyat nak beli pun tak dapat.
Kem penempatan rohingya chef masak beras apa?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 10:40 PM | Show all posts
membimbangkan... makanan asas pun tak ada foundation yang kuat

.. ada apa-apa bencana besar mau merempat kita semua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.059352 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list