CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7647|Reply: 0

[Selangor] Menteri Perpaduan ucap tahniah pemilik kandungan tarian raya wanita India

  [Copy link]
Post time 16-4-2024 05:37 PM | Show all posts |Read mode

Aaron (kiri) dan tangkap layar video yang menunjukkan sekumpulan penari india menari lagu raya bagi meriahkan sambutan Aidilfitri (kanan).

PETALING JAYA – “Tahniah pemilik kandungan!” Itu reaksi Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang tentang video tular yang memaparkan sekumpulan wanita India tempatan memeriahkan Aidlfitri dengan menari sambil diiringi lagu raya.

Turut berkongsi kandungan berkenaan di media sosial miliknya beliau berkata, perpaduan mesti dipelihara dan dihargai setiap individu di negara berbilang kaum seperti Malaysia.

“Selama puluhan dekad, kita hidup dalam suasana aman damai, saling menghormati dan berinteraksi antara satu sama lain di negara berbilang kaum seperti Malaysia.

“Kita juga amat bernasib baik kerana dapat meraikan pelbagai perayaan serta budaya, termasuk Aidilfitri dalam suasana aman dan harmoni,” katanya, sebentar tadi.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, perkongsian video TikTok oleh @cine_dance memaparkan 11 penari daripada kelab itu menyanyi dan menari lagu raya popular ketika ini bertajuk Alamak Raya Lagi dendangan kumpulan De Fam berjaya meraih perhatian orang ramai.

Selain itu mereka turut memperagakan pelbagai pakaian tradisional Melayu iaitu kebaya, baju kurung dan kaftan sekali gus menyemarakkan lagi suasana Hari Raya Aidilfitri. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -raya-wanita-india/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.084274 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list