CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5052|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Lain macam tonjol mewah!

[Copy link]
Post time 17-4-2024 01:29 PM | Show all posts |Read mode

GADING gajah bernilai hampir RM1 juta dimiliki secara haram oleh ahli perniagaan yang ditahan dalam operasi di kediamannya.

Kuala Lumpur: Cuba tonjolkan kemewahan dan status kaya dengan mempamerkan koleksi gading gajah di kediamannya.

Itu tindakan seorang ahli perniagaan yang ditahan polis serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia susulan memiliki 12 hiasan gading gajah bernilai hampir sejuta ringgit secara haram.

Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, rampasan dilakukan hasil Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) membabitkan kerjasama pihaknya dan Polis Diraja Malaysia.

Menurutnya, operasi dilakukan Unit Jenayah Hidupan Liar (WCU) Perhilitan diketuai pegawainya, Celescoriano Razond dan lima pegawai polis Perisikan Siasatan Khas (PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.


"Pemeriksaan mengejut dilakukan di sebuah kediaman mewah milik seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya, Selangor, sekitar jam 12 tengah malam kelmarin.

"Bagaimanapun, anak pemilik kediaman enggan memberi kerjasama serta menutup pintu sebalik ketua operasi menyatakan tujuan kehadiran untuk pemeriksaan.

"Pada masa sama, sebuah kereta BMW dipandu seorang lelaki melarikan diri sebaik menyedari kediaman itu didatangi pihak berkuasa.

"Kenderaan dipandu lelaki dipercayai pemilik kediaman itu bagaimanapun berjaya dikesan polis sebelum suspek dibawa ke kediaman berkenaan," katanya.

Menurutnya, lelaki berusia 60-an itu kemudian membuka pintu pagar kediamannya sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan pegawai Perhilitan dan PDRM.

"Hasil pemeriksaan di dalam kediaman itu menemui pelbagai objek pameran dan ukiran diperbuat menggunakan gading gajah.

"Sebanyak 12 unit gading gajah berjaya ditemui termasuk ada antaranya cuba disembunyikan pembantu rumah suspek sebaik menyedari kehadiran kami," katanya.

Beliau berkata, turut dirampas adalah sekeping kulit disyaki hidupan liar dilindungi.

Difahamkan ketika serbuan dan pemeriksaan dilakukan, seorang suspek yang berada di kediaman itu merakam video serta mengganggu pasukan serbuan menjalankan pemeriksaan.

"Pemilik kediaman gagal mengemukakan lesen atau permit yang membolehkannya menyimpan bahagian gading dan kulit hidupan liar berkenaan.

"Susulan itu pemilik kediaman dan anaknya ditahan dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. Semua gading gajah dan kulit haiwan bernilai hampir RM1 juta turut disita," katanya.

Menurutnya, suspek kini disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -macam-tonjol-mewah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.064146 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list