CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5031|Reply: 0

[Selangor] Tetak mesin juruwang sampai terkopak

[Copy link]
Post time 17-4-2024 01:30 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Hulu Selangor: Tetak mesin juruwang berulang kali hingga terkopak sebelum melarikan wang RM300 di dalamnya.

Itu tindakan ganas seorang perompak bertopeng yang menyamun kedai runcit di Jalan Seroja, Bukit Sentosa, di sini, Ahad lalu.

Tindakan penjenayah bagaimanapun sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV ) sebelum ia tersebar di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, kejadian 12.30 tengah hari ketika mangsa yang juga warga Bangladesh berusia 30 tahun sedang berniaga di kedai itu.


"Lelaki terbabit didatangi suspek memakai topeng muka dan bersenjatakan parang panjang yang meluru masuk ke arah kaunter.

"Suspek kemudian bertindak memecahkan mesin juruwang dan melarikan wang tunai RM300 bersama dua telefon bimbit milik mangsa. Dia melakukan jenayah itu tidak sampai lima minit," katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Mohd Asri berkata, lelaki tempatan itu melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta warna hitam dengan nombor pendaftaran dan jenis tidak dapat dikenal pasti.

Menurutnya, mangsa yang tidak mengalami kecederaan mengalami kerugian RM3,800.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

"Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menyalurkannya untuk siasatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ang-sampai-terkopak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 4.174305 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list