CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3590|Reply: 0

[Selangor] Air deras masuk rumah

[Copy link]
Post time 17-4-2024 04:12 PM | Show all posts |Read mode

KELUARGA Faisah ketika ditemui di PPS Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak. FOTO Hakimi Suria Kencana

Sungai Buloh: Sebanyak 77 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, di sini, berikutan banjir yang melanda semalam.

Mangsa banjir, Faisah Hanafi, 66, berkata, banjir yang berlaku kali ini paling teruk selepas 2021.

"Kami mula perasan air deras di luar rumah dan apabila kami buka pintu, air masuk ke dalam rumah sehingga semua barang tenggelam.

"Banjir kali ini sampai paras dada menyebabkan saya dan keluarga tidak sempat mengambil barang-barang keperluan yang lain, tetapi dokumen penting sempat dicapai," katanya hari ini.


Faisah berkata, kejadian itu menyebabkan dia cemas kerana perlu menyelamatkan suaminya yang sakit dan menggunakan tongkat untuk berjalan.

"Kami tinggal bertiga di dalam rumah pada waktu itu, nasib baik adik ipar ada untuk bawa suami keluar ke tempat selamat," katanya.

Seorang lagi mangsa banjir, Mastura Ali, 25, berkata, semasa hujan lebat, mereka sudah bersiap kerana sedar banjir akan berlaku tetapi tidak menyangka bencana kali ini antara yang teruk.

"Bila kami perasan air naik deras, kami cepat-cepat capai apa yang perlu untuk diselamatkan.

"Kemungkinan anggaran kerosakan rumah saya mencecah ribuan ringgit kerana barangan elektronik dan perkakas rumah diselaputi lumpur.

"Tetapi saya sangat bersyukur kerana tindakan pantas daripada pegawai keselamatan membantu kami keluar rumah dan bawa ke tempat yang lebih selamat," katanya.

Tinjauan mendapati wakil keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak sudah pulang untuk melihat keadaan rumah masing-masing.

Pengawal keselamatan Sahar Paiman, 60, berkata, dia mewakili keluarganya untuk melihat rumah yang ditenggelami banjir, hari ini.

"Keadaan rumah saya memang teruk dan sebuah motosikal tidak dapat diselamatkan kerana diselaputi lumpur," katanya.

Dia juga meluahkan perasaan sedih dan hiba kerana banjir berlaku sewaktu musim perayaan namun terpaksa reda dengan apa yang berlaku.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... r-deras-masuk-rumah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.049931 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list