CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5336|Reply: 2

[Dunia] Lohong hitam terbesar dikesan, 33 kali lebih besar daripada matahari​

[Copy link]
Post time 17-4-2024 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 17-4-2024 12:15 AM

Lohong hitam terbesar dikesan, 33 kali lebih besar daripada matahari​
17 APR 2024



Ahli astronomi daripada Agensi Angkasa Eropah (ESA) mengumumkan penemuan lohong hitam terbesar di dalam Bima Sakti.


AHLI astronomi daripada Agensi Angkasa Eropah (ESA) mengumumkan penemuan lohong hitam terbesar di dalam Bima Sakti.

Lohong hitam BH3 terletak berhampiran buruj Aquila dan adalah lebih 1926 tahun cahaya daripada bumi dengan ia bersaiz 33 kali ganda lebih besar berbanding matahari.

Penemuan dilakukan oleh teleskop angkasa lepas Gaia yang dilancarkan ESA pada tahun 2013 untuk mengambil gambar berbilion bintang.

Saintis mengesan pergerakan pada bintang di dalam buruj Aquila yang memberikan petanda terdapat sebuah lohong hitam berhampiran.

Kemudian menerusi bantuan Very Large Telescope (VLT) yang terletak di Chile, kewujudan BH3 disahkan bersama dengan saiznya.

Selain BH3, teleskop Gaia juga mengesan dua lagi lohong hitam di dalam Bima Sakti.

Lohong hitam BH1 ditemukan di buruj Ophiuchus yang terletak 1560 tahun cahaya daripada bumi. Sementara itu lohong hitam BH2 pula di buruj Centaurus yang terletak 3800 tahun cahaya daripada bumi.

Adalah dipercayai terdapat lebih 100 juta lohong hitam di dalam Bima Sakti.

Walaupun wujud dalam jumlah yang besar, lohong hitam sukar dikesan kerana ia menyedut cahaya yang membolehkan ia dilihat oleh mata kasar. – Awani


https://www.sinarharian.com.my/article/659914/Lohong-hitam-terbesar-dikesan,-33-kali-lebih-besar-daripada-matahari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa pendapat dr mazlan pasal blackhole ni?

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 04:46 PM | Show all posts
plot twist, kita semua sebenarnya dah berada dlm black hole. universe di dalam universe konsepnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.069746 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list