CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1518|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki cedera dipercayai digilis jentera berat

[Copy link]
Post time 17-4-2024 10:07 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang lelaki cedera akibat dipercayai digilis sebuah jentera berat di Jalan Bungkang, Sri Aman hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 10.10 pagi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

"Setibanya di lokasi kejadian, didapati seorang lelaki cedera dalam keadaan terbaring di atas jalan raya dipercayai telah digilis jentera berat.

"Pasukan bomba memberi rawatan awal dengan memasang 'cervical colar' kepada mangsa," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mangsa seterusnya dikejarkan ke Hospital Sri Aman untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Setelah memastikan keadaan selamat dan terkawal, pasukan bomba kemudian bertolak balik ke balai.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.383753 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list