CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6883|Reply: 0

Amir yakin Azeem pecut bawah 10 saat

[Copy link]
Post time 18-4-2024 12:19 PM | Show all posts |Read mode

WALAUPUN prestasi agak tenggelam musim ini, namun Azeem dijangka mampu melayakkan diri secara merit ke Olimpik Paris Julai depan.

JURULATIH pecut, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah tetap meletakkan kepercayaan tinggi kepada bekas anak didiknya, Muhammad Azeem Fahmi untuk mencapai had kelayakan 10 saat (s) dalam acara 100 meter (m) di Sukan Olimpik Paris 2024 Julai nanti.

Biarpun prestasi pelari 19 tahun itu sewaktu Kejohanan Jemputan Tom Jones Memorial di Amerika Syarikat (AS) dilihat sedikit tenggelam dalam acara 100m dengan catatan 10.44 saat, namun Amir yakin Azeem mampu perbaiki masalah tersebut.

Tegas Amir, dia melihat teknik larian yang dipamerkan Azeem terutama pada 30 meter awal tidak begitu lancar kemungkinan disebabkan perubahan teknik larian baharu selain faktor sesi latihan bulan Ramadan menyebabkan prestasi Azeem menurun.

“Saya akui prestasi dipamerkan Azeem bukan yang terbaik tetapi mungkin saya melihat dari segi bulan Ramadan. Mungkin jurulatih beliau di AS ada buat sedikit perubahan.

“Tetapi apa yang saya lihat, teknik larian Azeem sedikit terganggu tetapi ia bukan satu masalah besar kerana tidak lama lagi Azeem mampu adaptasi dari segi pelaksanaan teknik larian baharu tersebut.

“Saya akui Azeem sedang memperbaiki masalah dari segi permulaan pelepasan dan kalau dia atasi secepat mungkin, saya yakin Azeem mampu kembali ber­ada pada landasan sebenar.

“Apa pun, saya masih mele­takkan keyakinan kepada Azeem dan percaya dia mampu layak ke Paris secara merit penghujung Jun ini. Walaupun masa sema­kin singkat, saya percaya Azeem mampu capai catatan terbaik 10s. Sama-sama kita doakan kejayaan Azeem,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebagai rekod, catatan ­peri­badi terbaik yang dica­tat Azeem adalah 10.09s dan ­merupakan rekod kebangsaan yang dilakukannya dalam Kejohanan Olahraga Bawah 20 Tahun Dunia di Colombia pada Ogos 2022.
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ecut-bawah-10-saat/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.055545 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list