CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8991|Reply: 0

[Sarawak] Kerja-kerja penyambungan Jambatan Bintulu-Jepak berjalan lancar

[Copy link]
Post time 18-4-2024 08:35 PM | Show all posts |Read mode


Jambatan Bintulu-Jepak. - Gambar Unit Komunikasi Korporat JKR Sarawak

BINTULU: Impian penduduk Bintulu untuk melihat Jambatan Bintulu-Jepak siap akan menjadi kenyataan pada tahun ini susulan kerja-kerja penyambungan jambatan tersebut merentasi kuala Sungai Kemena sedang giat dijalankan.

Projek jambatan sepanjang satu kilometer (km) yang menelan belanja RM466 juta itu bukan sahaja akan memendekkan laluan perjalanan ke bandar Bintulu, bahkan menjadi antara mercu tanda yang mampu menjadi daya tarikan pelancong.

"Alhamdulilah saya melihat dari pesawat yang saya naiki (ke Bintulu untuk menghadiri Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri pada Rabu) tidak lama lagi jambatan ini akan bersambung.

"Jambatan yang begitu cantik rekaannya, sebelum ini saya ada memberitahu mungkin Bintulu akan mempunyai jambatan seakan menyerupai Jambatan San Francisco, hari ini kita dapat melihatnya (telah menjadi kenyataan)," kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang memperakui reka bentuk menarik jambatan itu.

Beliau berkata demikian semasa  berucap pada perasmian Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Bersama YAB Premier anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) yang dihadiri lebih 5,000 penduduk pelbagai kaum di Naim Street Mall Bintulu Paragon pada Rabu.

Dengan melengkapkan kemudahan jambatan itu Abang Johari berkata, Bintulu akan terus membangun dengan prasarana termoden.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak mengumumkan mengenai perkembangan terbaharu projek pembinaan Jambatan Bintulu-Jepak di Kuala Kemena yang mencapai 74.18 peratus setakat Februari, sekali gus menyasarkan penyiapannya pada Oktober tahun sama.

Beberapa kelebihan besar dari segi sosioekonomi akan dinikmati apabila siapnya jambatan tersebut.

Bukan hanya memendekkan perjalanan laluan pesisir dari Lapangan Terbang Bintulu ke bandar Bintulu daripada 22km pada masa ini berbanding jalan sedia ada menerusi laluan Jalan Bintulu-Sibu, bahkan siapnya jambatan ini menjadikan perjalanan hanya sepanjang 6.4km.

Pusat Pentadbiran Bahagian Bintulu berdekatan dengan jambatan itu juga turut dibina yang akan membantu mempercepat pembangunan kawasan Jepak dan memberi perkhidmatan lebih cekap untuk 250,000 penduduk di Bintulu, pemangkin pelaburan di Tanjung Kidurong serta Taman Perindustrian Samalaju (SIP).

Jambatan Bintulu-Jepak turut memendekkan perjalanan laluan pesisir Jepak ke Kuala Tatau, Serupai, Balingian hingga ke Bahagian Mukah, serta menyediakan daya tarikan unik kemudahannya untuk menyaksikan panorama dari atas menara jambatan itu.

Ini kerana jambatan kabel kekal ini turut dibina lif menegak pada bahagian menara menghala ke bandar serta akan dipasang dengan lampu hiasan secara seragam.

Jalan berkembar dua lorong bagi menghubungkan Lapangan Terbang Bintulu dan Pusat Pentadbiran Bersepadu (IAC) Bintulu sepanjang 4.2 kilometer dan IAC pula turut dijadual siap pada Oktober 2024 menempatkan semua jabatan kerajaan di Bintulu.

Kemudahan jambatan dan pusat pentadbiran termasuk pembinaan jalan raya pesisir itu yang dibiayai kerajaan Sarawak wajar disyukuri nikmatnya dan dihargai dalam memenuhi keperluan rakyat bukan sahaja untuk kawasan Bintulu termasuk Jepak bahkan pastinya akan turut sama dinikmati rakyat di luar kawasan bandar itu.

Justeru Jambatan Bintulu-Jepak yang dibina itu di samping menyediakan jarak perjalanan dan masa yang singkat dari Jepak ke pusat bandar, ia juga membawa impak ekonomi kepada projek pembangunan lain, meningkatkan aktiviti sosioekonomi, pelancongan dan sebagainya.

Pembinaan jambatan tersebut yang berkos RM466,679,497 melalui beberapa fasa sukar pada tahun kedua selepas pelancarannya merupakan hadiah Kerajaan Sarawak kepada penduduk Bintulu yang diumumkan Abang Johari semasa sambutan Hari Sarawak di Bintulu pada 22 Julai 2019.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.054092 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list