CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7548|Reply: 0

[Tempatan] Heitech Padu: Farhash Wafa Salvador bukan lagi pemegang saham utama

[Copy link]
Post time 19-4-2024 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Heitech Padu: Farhash bukan lagi pemegang saham utama

https://www.malaysiakini.com/news/702871

Bernama
Diterbitkan:  Apr 18, 2024 10:15 PM
Dikemaskini: 10:15 PM



Datuk Farhash Wafa Salvador tidak lagi menjadi pemegang saham utama dalam HeiTech Padu Bhd.

HeiTech Padu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata penghentian jumlah kepentingan Farhash itu adalah disebabkan oleh perubahan dalam pegangan saham dalam Mfivesouthsea Sdn Bhd, syarikat induk Rosetta Partners Sdn Bhd menurut Seksyen 8(4) Akta Syarikat 2016.

Rosetta Partners menjadi pemegang saham besar dalam HeiTech Padu selepas ia membeli 15.9 peratus kepentingan dalam syarikat itu pada 12 Mac, 2024 melalui urus niaga perniagaan langsung.

HeiTech Padu menjadi tumpuan baru-baru ini berikutan penganugerahan kontrak RM190 juta daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk penyelenggaraan dan sokongan teknikal Infrastruktur ICT termasuk MySikap di pusat data dan pejabat JPJ.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke dalam kenyataan menjelaskan proses pemberian kontrak itu berkata tender terbuka telah dijalankan bagi kontrak tersebut dan HeiTech Padu dipilih kerana bidaannya pada harga yang berpatutan.

"Penerimaan (bagi HeiTech Padu) telah diserahkan kepada Kementerian Kewangan pada 4 Dis 2023 untuk kelulusan akhir.

"Kelulusan perbendaharaan diperoleh pada 8 Feb, 2024 bagi jumlah RM185 juta, tidak termasuk cukai perkhidmatan," katanya dalam kenyataan itu.

-Bernama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.057265 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list