View: 8044|Reply: 11
|
[Dunia]
Iran diserang Israel propaganda media Barat
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 19-4-2024 09:34 PM
TEHRAN: Tiada serangan yang berlaku di Tabriz dan Isfahan pada Jumaat, seperti yang dilaporkan media barat, kata seorang sumber kepada portal berita Lubnan yang pro kepada Iran, Al-Mayadeen.
Memetik laporan tersebut, sumber berkenaan mendakwa, ia hanyalah sebahagian daripada propaganda media Barat, untuk mengelirukan pandangan dunia.
Sebaliknya, kata sumber itu lagi, pertahanan udara Iran telah berjaya menangani sebilangan kecil serangan dron, yang hampir pasti dilancarkan dari dalam negara itu sendiri.
Awal hari ini, ABC News yang memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS) melaporkan peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Media kemudian melaporkan, Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
Agensi berita Tasnim, yang bergabung dengan Pengawal Revolusi, melaporkan bahawa pihak berkuasa penerbangan awam negara itu mengumumkan penarikan balik sekatan penerbangan di kebanyakan lapangan terbang.
Dalam pada itu Reuters melaporkan seorang pegawai tinggi Kerajaan Iran sebagai berkata, republik itu tidak merancang untuk membuat serangan balas memandangkan tiada bukti mengatakan serangan itu datang dari Israel.
“Sumber luar yang menyebut mengenai insiden itu tidak dapat disahkan. Kami tidak menerima sebarang serangan luar, dan perbincangan lebih ke arah penyusupan berbanding serangan,” kata pegawai Iran itu lagi.
https://www.astroawani.com/berita-dunia/iran-nafi-diserang-israel-anggap-propaganda-media-barat-467074
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dalam negara islam mmg ramai pengkhianat untuk $$$ dan pengaruh
kat US ISrael xde plak pengkhianat |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok BBC tadi… 15 minit ulas. Propaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Becareful..ni mcm taktik Russia serang Ukraine...mula2 media kata tentera Russia dah berundur dr border..bbrp hari lepas tu dia bom bertubi2 tak cukup nafas
|
|
|
|
|
|
|
|
Iran enemies iranian sendiri... Executed civilians..majority yang cerdik pandai yang mahu ubah iran dari regime... Barat mostly care iran nuke jah... Perangai seperti putin.. Sikit sikit ugut nuke... If tidak ikut russia seperti di ukraine... |
|
|
|
|
|
|
|
Saja carik pasal tu …makluklah tech nuclear iran makin pesat! Tercabar lah tu.., |
|
|
|
|
|
|
|
Keji sungguh geng barat penjilat Israel ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 20-4-2024 03:27 PM
Malu thou... I biji lepas ke iraq soil.. Cuma bomb tidak mampu penetrate underground nuclear reactor.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mengikut penganalisis antarabangsa,serangan dari israel tu sekadar beri mesej sahaja. Sama seperti serangan iran tempoh hari. Iran sebelum ini pun hanya mengacah aje israel sebab israel mula dulu. Jika israel buat serangan betul,ini akan turut heret Russia. Iran pun tak mahu berperang. Amerika juga maybe dah pesan kat israel "kau jangan melebih-lebih". Both sides sebenarnya nak jaga air muka sendiri kepada rakyat mereka. Both kerajaan dibenci rakyat mereka sendiri.
Media mainstream Amerika tu tak payah ambil kira la sebab mereka dah jadi jurucakap zionist. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang iran mahu sedap kan hati... Ramai tahu kali ini nuclear war lalui airspace.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|