CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14540|Reply: 2

Iran nafi diserang Israel

[Copy link]
Post time 19-4-2024 09:25 PM | Show all posts |Read mode






TEHRAN – Tiada serangan dron dari Israel ke atas Iran seperti yang dihebohkan berlaku pada hari ini, demikian menurut sumber Iran kepada portal berita Al Mayadeen.  


Sumber itu memberitahu bahawa kejadian serangan dron Israel yang disebarkan oleh media Barat tidak berlaku di negara tersebut.


Sebaliknya, angkatan pertahanan udara Iran menangkis serangan dron kecil yang berlaku di Tabriz dan Isfahan yang mungkin dilancarkan dari dalam Iran.


Apa yang disebarkan oleh media Barat mengenai serangan Israel ke atas Iran adalah satu pembohongan dan merupakan sebahagian daripada perang maklumat, demikian menurut sumber portal berita tersebut.


Sumber Iran itu juga menambah bahawa media Amerika Syarikat (AS) yang menyebarkan berita tersebut sedang melancarkan perang proksi untuk memberi maklumat palsu bagi pihak Israel.


Ia berlaku selepas Agensi Angkasa Iran mengesahkan bahawa beberapa buah dron yang tidak diketahui lokasi pelancarannya telah ditembak jatuh  di ruang udara Iran.


Agensi itu juga berkata bahawa tiada serangan peluru berpandu ke atas Iran berlaku pada hari ini.


Dalam pada itu, Agensi Berita Republik Islam (IRNA) berkata, pertahanan udara Iran jarak dekat dan sederhana menangkis serangan tersebut.


Sebelum ini, Agensi Berita Mehr Iran memetik Ketua Pengarah Lapangan Terbang dan Syarikat Navigasi Udara negara itu berkata bahawa semua lalu lintas udara digantung di Isfahan, Shiraz dan Tehran.


Media Iran melaporkan bahawa sistem pertahanan udara telah diaktifkan di Isfahan apabila kedengaran letupan yang tidak diketahui puncanya.


Seorang wartawan Al Mayadeen memetik jurucakap Agensi Angkasa Iran sebagai  berkata bahawa sistem pertahanan udara bertindak balas terhadap tiga sasaran di ruang udara Isfahan.


Wartawan itu menambah, laporan menunjukkan bahawa sistem pertahanan udara bertindak balas terhadap ancaman di Qahjavarestan, timur laut Isfahan.


Ia adalah kerana tiada objek udara mengenai sasaran darat.


Wartawan portal berita Al Mayadeen menegaskan bahawa semua letupan yang didengar adalah kesan daripada pihak pertahanan udara yang memintas dron tersebut.


Agensi Berita Republik Islam melaporkan bahawa sistem pertahanan udara diaktifkan di Tabriz, utara Iran mengakibatkan beberapa siri letupan.


Ia melaporkan bahawa tiada objek dari udara mengenai sasaran di Tabriz dan semua bunyi yang kuat adalah kesan daripada pintasan yang berlaku oleh pihak pertahanan udara di langit Tabriz.


Republik Islam itu melancarkan serangan langsung pertamanya ke atas Israel pada Sabtu lalu sebagai tindak balas kepada serangan udara pada  1 April lalu ke atas konsulatnya di Damsyik, Syria yang didakwa dilakukan oleh tentera Israel. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2024 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
nuklear jangan tak nuklear! uraaaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 09:57 PM | Show all posts
propaganda...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.174990 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list