CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5721|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] RM1.4 juta kompaun kesalahan merokok dikeluarkan sepanjang Mac - KKM

[Copy link]
Post time 20-4-2024 01:48 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Radzi Abu Hassan.

Putrajaya: Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 5,549 kompaun dengan nilai tawaran berjumlah RM1.4 juta susulan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, jumlah kompaun itu hasil aktiviti penguatkuasaan kementerian terhadap 18,178 premis yang dilawati sepanjang Mac lalu dengan sejumlah 8,926 notis kesalahan dikeluarkan.

"Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan penyakit demam denggi, sebanyak 3,816 tawaran kompaun bernilai RM1.91 juta telah dikeluarkan dengan purata RM500 setiap kompaun," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Muhammad Radzi berkata, 642 kes didaftar untuk tindakan mahkamah dan sebanyak 95 kes disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda RM180,600.


Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Makanan 1983 pula, Dr Muhammad Radzi berkata, sebanyak 33,473 premis makanan diperiksa.

"Jumlah premis makanan yang diberi perintah penutupan sementara di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 ialah 124 iaitu 0.37 peratus daripada keseluruhan premis makanan yang diperiksa," katanya.

Beliau berkata, tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan oleh KKM adalah sebagai suatu langkah menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-sepanjang-mac-kkm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.397393 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list