CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9254|Reply: 0

[Selangor] Pemandu lori ditahan tumbuk abang ipar tinggi suara pada ibu

[Copy link]
Post time 20-4-2024 02:38 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Seorang pemandu lori ditahan selepas disyaki mencederakan abang iparnya ekoran pertengkaran dalam kejadian di sebuah kediaman Lembah Jaya, di sini, 12 April lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare berkata, pengadu seorang lelaki berusia 37 tahun memaklumkan telah dicederakan sekitar pukul 3 petang oleh suspek.

“Semasa berada di rumah, ibu mentua dan adik ipar telah datang ke rumahnya lalu berlaku pertengkaran berkaitan isu rumahtangga pengadu.

“Kemudiannya semasa pertengkaran berlaku, pengadu telah ditumbuk oleh adik iparnya kerana dikatakan telah meninggi suara kepada ibu mentuanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nazruel, motif kejadian dipercayai akibat marah ekoran mangsa kurang ajar dan tinggi suara pada ibu mentua.

Jelas beliau, hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan dapati pengadu mengalami kecederaan pada siku, belakang badan dan kaki.

“Hasil siasatan dilakukan, lelaki berusia 27 tahun bekerja diberkas sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya ekoran disyaki terlibat dengan kes yang disiasat pada Khamis lalu sekitar pukul 1.15 tengah hari.

“Hasil ujian air kencing ke atas pemandu lori tersebut didapati negatif dadah dan semakan mempunyai dua rekod lampau kesalahan jenayah,” katanya.

Jelas beliau, permohonan reman terhadap supek dibenarkan selama empat hari bermula semalam sehingga Isnin ini.

Kata Nazruel, kes disiasat bawah Seksyen 334 Kanun Keseksaan merujuk kepada barang siapa yang dengan sengaja menyebabkan kecederaan atas bangkitan marah.

“Hukuman Seksyen 334 Kanun Keseksaan hendaklah hukuman penjara selama tempoh boleh sampai satu bulan atau dengan denda yang boleh sampa RM1,000 atau dengan kedua-duanya,” katanya.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ggi-suara-pada-ibu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.048566 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list